Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee kini menawarkan pembelian bahan masakan segar seperti ikan, ayam dan daging

Shopee Malaysia kini telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini boleh membeli bahan makanan segar secara atas talian yang mana ianya termasuk daging segar, makanan laut dan sayur-sayuran.

Penawaran barangan segar secara atas talian membuka satu lembaran baru didalam platform e-perdagangan yang semakin pesat berkembang.

Selain itu, Shopee telah membuka kunci potensi bagi kumpulan usahawan dan pedagang baharu, terutamanya nelayan dan petani yang sebelum ini tidak dapat menikmati perkembangan e-dagang dan menjual di pasaran atas talian terbuka.

Sebagai permulaan, Hasil segar ini akan dijual di bandar-bandar utama di Lembah Klang melalui program perintis sebelum dilancarkan di seluruh negara.

Fish Club dan FreshTap yang mengepalai pelancaran ini akan menawarkan lebih 60 jenis hasil segar yang berlainan.

Sebagai perintis dalam menjual makanan laut secara atas talian, Fish Club akan menawarkan tangkapan segar dari kampung nelayan Pontian seperti ikan bawal, udang laut, ikan senangin rambu empat serta salmon, belut dan kekapis yang diimport.

Untuk mengekalkan kesegaran, Fish Club akan menyimpan makanan laut dalam bekas vakum serta membekukannya sebaik sahaja makanan laut tersebut dibuang sisiknya, disiang dan dipotong.

Pengguna yang membeli dari kedai rasmi Fish Club “fishclubmy” juga boleh menikmati kadar rata RM20 untuk penghantaran, atau berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk menikmati penghantaran percuma.

Mereka yang inginkan daging segar dan makanan laut bersama-sama dengan sayur-sayuran hijau, kekacang dan kentang boleh mendapatkannya dari kedai rasmi FreshTap “freshtap.my”.

Dihantar dan dipek segar dari Sekinchan dan Kuala Selangor, pengguna akan dapat menikmati makanan segar dalam masa yang singkat. Kadar penghantaran ialah kadar rata sebanyak RM12 di kedai ini.

Pengguna yang membeli dari bahan segar dari Fish Club dan FreshTap di Shopee akan menerima hasil segar yang ditempah dalam masa 1 hingga 3 hari.

Sebagai promosi pelancaran tawaran baru ini di Shopee, para pembeli bakal menikmati tawaran menarik: item seperti salmon, ikan dory, udang, ayam, daging lembu, kerang dan sardin yang  pada kadar diskaun 50% semasa Jualan Kilat Shocking Sale yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Mac 2020.

Kunjungi Fish Club di https://shopee.com.my/fishclubmy dan FreshTap di https://shopee.com.my/freshtap.my untuk menikmati kemudahan membeli hasil segar secara atas talian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.