Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 kini di Malaysia dengan Helio G70 dan tri-kamera AI dengan harga RM 499

realme c3 malaysiarealme secara rasminya memperkenalkan telefon pintar kelas entry-level terbaru mereka iaitu realme C3 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan serendah RM 499 dan penjualan akan bermula petang ini secara eksklusif di Shopee.

realme C3 akan mempunyai tri-kamera dibelakang dan juga merupakan telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses Helio G70.

realme C3 ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci dengan sisi bezel yang lebih kecil namun masih hadir dengan takukan teardrop bagi menempatkan kamera selfie 5MP.

realme C3 hadir dengan pemproses MediaTek Helio G70 yang akan dipadankan dengan dua kapasiti RAM(LPDDR4X) dan storan dalaman iaitu 3/32GB atau 4/64GB (hanya versi 3/32GB ditawarkan di Malaysia buat masa ini).

Beralih kepada kamera, realme C3 hadir dengan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 12MP f/1.8 sensor depth 2MP dengan aperture f/2.4 dan sensor makro 2MP.

Lebih menarik, realme C3 menjadi telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan realme UI yang berasaskan Android 10-ColorOS 7.

realme C3 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh namun mengecewakan sedikit ianya masih kekal dengan pengecasan melalui slot microUSB namun ianya mempunyai sokongan pengecasan reverse charging.

Selain itu, realme C3 membawakan sokongan tri-SIM (2 SIM + 1 microSD), kalis air, mod dual music yang membolehkan permainan muzik serentak dari telefon pintar dan bluetooth.

realme C3 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Blazing Red dan Frozen Blue.

Penjualan realme C3 akan bermula petang ini iaitu pada jam 6 petang ini di Shopee  : http://bit.ly/C3shppr dimana pembeli realme C3 akan menikmati 6 bulan waranti tambahan bagi pembelian pada hari ini sahaja. (Guna kod : COLOURFUL untuk menikmati diskaun tambahan RM 20 ).

Penjualan Offline pula akan bermula pada 7 Mac 2020 ini dan bagi pembelian hari pertama ini juga akan menerima 6 bulan waranti tambahan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.