Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 Malaysia – Telefon Pintar Siri C yang Melambangkan ’Colour of Youth’

realme C3 Malaysia – Telefon Pintar Siri C yang Melambangkan ’Colour of Youth’

Sebagai jenama muda yang terkenal dengan semangat ‘Dare to Leap’, tidak mengejutkan kita jika diperkatakan bahawa setiap telefon pintar realme direka bentuk dengan meletakkan golongan muda sebagai penanda aras.

realme C3 merupakan siri telefon pintar khas untuk golongan muda juga fokus pada golongan yang sama.

Salah satu faktor yang menjadi pilihan golongan muda adalah fesyen dan realme C3 dilihat selari dengan ‘trend’ fesyen pada tahun 2020 ini.

realme C3 hadir dalam dua pilihan warna yang mempunyai semangat ‘youth’ iaitu Frozen Blue dan Blazing Red.


reka bentuk Sunrise Design pada realme C3 menjanjikan golongan muda dengan satu telefon pintar yang serba elegan sesuai dengan peralihan masa Kimi yang cukup pantas.

Kedua-dua warna realme C3 ini juga hadir dengan lapisan anti-capjari yang membolehkan pengguna menikmati keselesaan maksima untuk memegang peranti dan mengelakkan sebarang calar mahupun tanda cap jari yang mencemarkan kecantikan telefon pintar ini.

Lebih menggembirakan, realme telah mengumumkan bahawa kedua-dua warna bagi realme C3 iaitu Frozen Blue dan Blazing Red akan ditawarkan di Malaysia mulai 3 Mac ini.

Nantikan Pelancaran realme C3 yang bakal berlangsung pada 3 Mac ini dan jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung majlis pelancaran realme C3 melalui pautan dibawah.

Tonton siaran langsung majlis pelancaran realme C3 di YouTube dan juga Facebook rasmi realme Malaysia.

realme C3 Malaysia - Reka Bentuk Premium Sunrise Design dan realme UI 7

Selepas pelancaran, penjualan pertama realme C3 secara online boleh didapati secara eksklusif di Shopee : http://bit.ly/C3shppr

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.