Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo iQOO 3 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865, mod gaming khas dengan harga dari RM 2,170

vivo iQOO 3 5G Malaysia

Anak syarikat vivo iaitu iQOO secara rasminya telah melancarkan iQOO 3 5G yang hadir dengan pelbagai teknologi terkini yang berpotensi untuk meletakkanya sebagai antara telefon pintar Android terbaik di pasaran khususnya kerana pengunaan pemproses Snapdragon 865.

vivo iQOO 3 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865, mod gaming khas dengan harga dari RM 2,170 11

vivo iQOO 3 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci. Ianya adalah panel skrin punch hole yang menempatkan kamera selfie 16MP dan vivo mengelar skrin ini sebagai Polar View Display yang mana ianya menyokong kandungan HDR10+ dengan kadar segar semula 60Hz.

vivo iQOO 3 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865, mod gaming khas dengan harga dari RM 2,170 12

Beralih kepada bahagian kamera, iQOO 3 hadir dengan 4 sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama Sony IMX582 48MP f/1.8, sensor telefoto 13MP f/2.46, sensor ultrawide 13MP f/2.2 dan sensor depth 2MP.

vivo iQOO 3 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865, mod gaming khas dengan harga dari RM 2,170 13

Selain pemproses Snapdragon 865, iQOO 3 disertakan dengan sokongan 5G, dua pilihan RAM LPDDR5 iaitu 8 atau 12GB manakala storan dalaman adalah UFS 3.1 berkapasiti 128GB atau 256GB.

vivo iQOO 3 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865, mod gaming khas dengan harga dari RM 2,170 14

Pada bahagian bateri pula, Vivo iQOO 3 5G disertakan dengan sel berkapasiti 4,400mAh yang mana pengecasan pantas 55W Super FlashCharge (50% dalam 15 minit).

vivo iQOO 3 juga hadir dengan UI iQOO 1.0 yang berasaskan Android 10, mod Ultra Game dan mod Monster yang membolehkan cipset beroperasi pada tahap 100%.

vivo iQOO 3 5G kini rasmi dengan Snapdragon 865, mod gaming khas dengan harga dari RM 2,170 15

vivo iQOO 3 kini telah disahkan akan memasuki pasaran India dan China dengan perbezaan adalah penawaran sokongan 5G mengikuti varian (Di India hanya varian tertinggi menyokong 5G).

Harga penjualan vivo iQOO 3 di China adalah seperti berikut :

vivo iQOO 3 6/128 GB – CNY3,598 – RM 2,170

vivo iQOO 3 8/128 GB – CNY3,798 – RM 2,291

vivo iQOO 3 12/256 GB – CNY4,398 – RM 2,653

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.