Samsung Galaxy Z Flip kini rasmi – telefon pintar foldable kompak yang lebih murah
Selain trio model kelas flagship Samsung Galaxy S20, Samsung turut telah mengunakan pentas UNPACKED ini untuk pelancaran Samsung Galaxy Z Flip.
Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP
Samsung Galaxy Z Flip merupakan telefon pintar foldable kedua syarikat ini namun ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dan pada harga yang lebih murah.
Samsung Galaxy Z Flip hadir dengan skrin paparan utama Dynamic AMOLED 22:9 berukuran 6.7-inci yang membawakan resolusi FHD+ (1080 x 2636). Skrin ini juga dilapisi dengan lapisan gelas Ultra Thin Glass yang menjanjikan permukaan skrin yang lebih lasak dan kalis calar.
Skrin paparan kedua dihadapan pula adalah skrin 1.1 inci Super AMOLED yang berfungsi untuk memaparkan notifikasi dengan lapisan gelas Corning Gorilla 6 pada keseluruhan rangka luar.
Dari segi dalaman, Galaxy Z Flip disertakan dengan pemproses kelas flaghsip 2019 iaitu Snapdragon 855+, 8GB RAM, 256GB storan dalaman (UFS 3.0) dan hanya menyokong rangkaian 4G.
Kamera utama Galaxy Z Flip adalah unit 12MP dengan aperture f/1.8 dan saiz piksel 1.4µm bersama satu lagi sensor ultrawide 12MP f/2.2.
Pada bahagian dalaman terdapat satu lagi sensor kamera 10MP yang boleh digunakan pada pelbagai sudut.
Dari segi bateri, Galaxy Z Flip hadir dengan One UI 2.0 berasaskan Android 10 dan bateri berkapasiti 3,300mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan pantas 15W.
Samsung Galaxy Z Flip akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Mirror Black, Mirror Purple dan Mirror Gold dengan harga penjualan sekitar $1,380 (RM 5,709).
Buat masa ini status penawaran Galaxy Z Flip di Malaysia masih belum diketahui.