Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 7i akan ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja

Huawei Nova 7i malaysia
Huawei sebelum ini telah mengesahkan bahawa Huawei Nova 7i akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Februari dan kini harga penjualan telefon pintar ini telah didedahkan.

Huawei Nova 7i akan hadir pada harga penjualan RM 1,099 sahaja dan pra-tempahan bagi telefon pintar ini akan dibuka mulai 14 hingga 21 Februari ini dimana setiap pra-tempahan pada 14 Februari akan menerima Huawei Band 4 bernilai RM 149 secara percuma.

Huawei Nova 7i adalah merupakan Huawei Nova 6SE di pasaran China dan ianya hadir dengan skrin paparan punch hole FHD+ berukuran 6.4-inci, pemproses Kirin 810, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Nova 7i akan turut quad kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Nova 7i akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W, sensor capjari di sisi dan EMUI 10 yang berasaskan Android 10.

Walaupun menggunakan Android, Huawei Nova 7i dijangka akan menjadi telefon pintar pertama siri Nova untuk tidak hadir dengan sokongan Google Mobile Services.

Pra-tempahan bagi Huawei Nova 7i boleh dibuat disemua stor fizikal bertauliah Huawei dan secara atas talian di https://consumer.huawei.com/en/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.