Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X2 akan dilancarkan secara rasmi 22 Februari ini

Oppo Find X2 Malaysia
Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa Oppo Find X2 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari ini sebelum memasuki pasaran Malaysia tidak lama selepas itu.

Oppo Find X2 adalah generasi terbaru telefon pintar kelas flagship siri Find X dan beberapa spesfikasi telefon pintar ini juga telah disahkan.

Bercakap mengenai skrin paparan, Oppo Find X2 disahkan akan hadir skrin paparan 120Hz dengan kemungkinan besar ianya adalah panel OLED.

Selain itu, Oppo Find X2 juga disahkan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865 yang turut hadir dengan sokongan 5G.

Lebih menarik, Oppo kini telah mengesahkan bahawa telefon pintar misteri Oppo yang menerima sijil pematuhan 5G daripada SIRIM baru-baru ini adalah Oppo Find X2.

Apabila memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, Oppo Find X2 akan menjadi telefon pintar 5G pertama syarikat ini di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.