Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C3 akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Februari ini

realme C3 malaysia
realme C3 akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Februari ini

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas entry-level terbaru mereka iaitu realme C3 akan dilancarkan pada 6 Februari ini dan seperti biasa ianya akan memasuki pasaran India terlebih dahulu.

realme India telah mula menghantar jemputan ke majlis pelancaran realme C3 ini dan ianya akan berlangsung pada jam 12.30 tengahari waktu tempatan ( 3 petang waktu Malaysia) dan boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube.

Buat masa ini spesfikasi realme C3 ini masih belum diketahui namun berdasarkan gambar jemputan, dapat disahkan bahawa ianya akan hadir dengan skrin dewdrop dan tetapan dwi-kamera dibelakang.

realme C3 akan dilancarkan secara rasmi pada 6 Februari ini 3

Pengumuman ini tiba selepas realme mengesahkan bahawa sebanyak 10.2 juta unit telefon pintar siri realme C telah dijual di seluruh dunia.

Pelancaran rasmi realme C3 hanya berbaki seminggu sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.