Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20 Ultra dilihat akan hadir dengan teknologi pengzooman sehingga 100x

Samsung Galaxy s20 ultra malaysia
Samsung Galaxy S20 Ultra dilihat akan hadir dengan teknologi pengzooman sehingga 100x

Siri Samsung Galaxy S20 telah disahkan akan dilancarkan pada 11 Februari  (12 Februari waktu Malaysia) dan ianya akan hadir dengan pelbagai teknologi yang pertama kali digunakan pada siri flaghsip Samsung ini.

Sejak mula diperkatakan, sensor kamera pada siri kelas flagship Samsung ini sentiasa diperkatakan dan laporan terbaru memberikan petunjuk bahawa Samsung Galaxy S20 Ultra akan hadir dengan kemasan kamera yang berbeza daripada sebelum ini.

Ishan Agarwal yang terkenal didalam memberi maklumat telah melakukan tweet mengenai tetapan kamera Galaxy S20 Ultra yang hadir dengan rangka dwi-tona.

Lebih penting, ianya akan menempatkan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor ToF.

Walaubagaimanapun, tumpuan sudah pastinya terarah kepada sensor kamera persikop 48MP yang akan menawarkan pengzooman optik 10x dengan kebolehan zoom digital 100x dan Samsung akan meletakkan simbol 100x disebelah sensor ini bersama nama pemasaranya.

reka bentuk baru ini juga dilihat telah disahkan oleh dua lagi ‘leakster’ iaitu IceUniverse dan MINU.

Samsung Unpacked pertama tahun ini akan berlangsung didalam masa 3 minggu sahaja lagi.

Sumber 1 | 2 |3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.