Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan vivo V17 pada harga RM 1,499 sempena penjualan CNY Bonanza 2020


Perayaan tahun baru cina bakal disambut pada penghujung minggu ini dan sempena perayaan ini, tidak hairan banyak syarikat telefon pintar mengumumkan promosi CNY Bonanza 2020 mereka.

vivo merupakan syarikat terbaru untuk mengumumkan penawaran khas sempena CNY ini dan lebih menarik, vivo menawarkan vivo V17 yang merupakan model terbaru pada harga yang lebih murah.

Vivo V17 yang baru dilancarkan pada harga RM 1,699 kini akan ditawarkan pada harga RM 1,499 sahaja manakala Vivo NEX 3 5G pula akan hadir dengan harga RM 3,499 selain Vivo S1 Pro pada harga RM 1,199.

Penjualan istimewa vivo CNY Bonanza 2020 ini boleh dilakukan di stor atas talian vivo Malaysia, kedai konsep vivo, wakil penjual sah dan platform e-perdagangan seperti Lazada, Shopee dan Presto Mall.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.