Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

AirPods untuk Android – realme Buds Air hadir dengan Dua Mikrofon yang menyokong teknologi Calling & Environment Noise Cancellation

 

AirPods untuk Android – realme Buds Air hadir dengan Dua Mikrofon yang menyokong teknologi Calling & Environment Noise Cancellation


realme Buds Air akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini iaitu bersama-sama dengan pelancaran realme 5i.

Selain sebagai satu medium pendengaran muzik, realme Buds Air juga mempunyai tanggungjawab untuk menawarkan kualiti yang terbaik ketika membuat atau menjawab panggilan.

Untuk itu, pakar akustik di realme telah melengkapkan realme Buds Air dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang akan beroperasi ketika membuat atau menerima panggilan. 

Bagi menjayakan ENC ( Environment Noise Cancellation ) realme Buds Air telah dilengkapi dengan dua mikrofon yang mana ianya mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti setiap perkataan yang disebut dan menapis sebarang gangguan bunyi yang tidak ingini di latar belakang.

Ketika panggilan, ENC akan memastikan suara anda juga sentiasa jelas walaupun dalam persekitaraan yang bising.

realme Buds Air akan dilancarkan di Malaysia pada hari ini dan pastikan anda mengikuti perkembangan terkini dari majlis pelancaran realme Buds Air dan realme 5i di Facebook realme Malaysia atau di www.mobilefokus.com

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.