Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan Huawei MateBook D 15 kini dibuka


Huawei Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa komputer riba Huawei MateBook D 15 akan ditawarkan di pasaran tempatan mulai 18 Januari ini dengan harga penjualan RM 2,499 sahaja.

Huawei kini telah mengesahkan bahawa roadshow Huawei MateBook D 15 akan diadakan di lokasi utama dan pembelian Huawei MateBook D 15 di roadshow ini membolehkan anda menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,287.

4 lokasi roadshow ini adalah IOI City Mall, Putrajaya, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Queensbay Mall, Penang, dan Imago Mall, Sabah.

Jika anda tidak dapat menghadiri mana-mana Lokasi roadshow seperti di atas, anda boleh menikmati hadiah percuma yang sama dengan melakukan pra-tempahan Huawei MateBook D15 yang kini dibuka secara atas talian di Huawei VMall.

Tiga hadiah percuma yang akan diterima dengan pembelian Huawei MateBook D 15 yang menyempurnakan lagi pengalaman menggunakan komputer riba ini adalah perisian Microsoft Office 365, tetikus Bluetooth Huawei & Huawei FreeBuds 3.

Pra-tempah sekarang di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.