Shopee mulakan dekad baru dengan penjualan CNY 2020 yang besar-besaran
Shopee mengalukan kedatangan tahun baru dengan kempen penjualan Tahun Baru China (CNY) yang akan berlangsung dari hari ini sehingga 28 Januari 2020.
Kempen CNY Shopee ini membawakan pelbagai produk baru, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM 18, perkhidmatan, permainan dan hiburan baru.
Pengguna sudah pasti tidak mahu terlepas tawaran RM 8 Prosperity deals yang menawarkan hamper CNY, 24-tin Coca Cola, set peralatan memasak Tefal, Cheongsam, kipas Khind dan banyak lagi.
Selain itu, Shopee juga telah mengumumkan Ninja Van kini menjadi sebahagian daripada rakan logistik pihak ketiga terbaru mereka dan Ninja Van kini menawarkan penghantaran barang dengan berat sehingga 90kg.
Meningkatkan lagi demam, CNY ini, Shopee turut memperkenalkan beberapa permainan baru bertemakan CNY seperti Shopee Ang Pow, Fortune Sticks dengan baucar bernilai hampir RM 88,000 dan 18 juta Shopee Coin untuk dimenangi.
Pada 13 Januari, Shopee akan mengadakan penjualan Huat Ah! Huat Ah! dimana akan ada promosi pada semua kategori produk, upsized shocking sale, dan bar emas 10gram yang bernilai RM 2,250 pada harga RM 1 melalui One Or Not.
Info lanjut di Shopee