Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A5 2020 dan Oppo Reno 2F kini hadir dengan harga yang lebih murah


Sebagai hadiah tahun baru, Oppo Malaysia telah mengumumkan penurunan harga bagi dua model terkini mereka iaitu Oppo A5 2020 dan Oppo Reno 2F yang dilancarkan lewat tahun lalu.

Mulai 6 Januari 2020,Oppo A5 2020 akan ditawarkan pada harga serendah RM 599 sahaja manakala Oppo Reno 2F pula hadir dengan harga penjualan RM 1,399.

Sebagai rekod, pada pelancaran Oppo A5 2020 ditawarkan pada harga RM 699 manakala Oppo Reno 2F pula hadir dengan tag harga RM 1,599 dan ini membawa maksud anda akan menikmati penjimatan RM 100 bagi A5 2020 dan RM 200 bagi Reno 2F.

Oppo A5 2020 dan Oppo Reno 2F dengan harga penjualan baru kini sudah boleh dibeli melalui stor konsep Oppo, Lazada, Shopee dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.