Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 5i akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Januari ini


realme nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi telefon pintar didalam siri realme 5 dan kali ini realme 5i pula bakal dilancarkan.

realme 5i nampaknya telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 14 Januari namun pasaran India akan menerima telefon pintar ini pada 9 Januari ini.

realme 5i dilihat sebagai satu lagi percubaan realme untuk menawarkan telefon pintar mampu milik dan ianya dijangka lebih murah dari realme 5.

realme 5i akan hadir dengan panel belakang bergerigi sunrise design selain kamera selfie 8MP dan ColorOS 6.1.

Selain daripada itu, realme 5i dilihat akan berkongsi kebanyakkan spesifikasi realme 5 seperti skrin paparan waterdrop HD+ berukuran 6.5”, pemproses Snapdragon 665, bateri 5,000mAh dan tetapan quad-kamera.

Segala maklumat spesfikasi realme 5i dijangka akan diketahui pada 9 Januari dan tarikh pelancaran di Malaysia adalah pada 14 Januari 2020

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.