Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee pecah rekod lagi , 12.12 Birthday Sale menyaksikan 80 juta pesanan diterima dalam masa 24 jam sahaja


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, sekali lagi melakar prestasi yang memecah rekod dengan 80 juta barangan telah terjual di kempen penjualan
Shopee 12.12 Birthday Sale.

Lebih 80 juta kunjungan telah direkodkan dalam masa 24 jam sahaja iaitu dari12 tengah malam sehingga 11.59 malam hari yang sama.

Di Malaysia, lebih daripada 600,000 barangan telah dijual dalam sejam pertama.

Lebih menarik, Produk tempatan yang dihasilkan oleh perniagaan mikro tempatan dan usahawan di bawah halaman kempen Beli Barangan Malaysia juga telah menyaksikan peningkatan pesanan yang melebihi 70% pada 12 Disember.

Sedikit fakta mengenai pencapaian Shopee pada 12.12 Birthday Sale :

  • Jumlah lampin yang dijual pada 12 Disember sahaja boleh bertahan selama 12,002 tahun untuk seorang bayi
  • Jumlah telefon pintar yang dijual boleh mampu 3 buah padang bola sepak

Kejayaan Shopee 12.12 Birthday Sale juga mempamerkan peningkatan keyakinan dalam membeli-belah atas talian di rantau ini.

Dengan 12.12 Birthday Sale, Shopee menutup tahun 2019 dengan satu lagi pencapaian yang cemerlang.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.