Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme 5s – quad-kamera flagship sehebat realme 5 pro pada harga seperti realme 5

pengenalan

Pertumbuhan drastik realme sepanjang tahun inj telah didorong dengan penawaran produk yang menyeluruh dan sentiasa dikemaskini setiap dua atau tiga bulan.

Siri Realme 5 yang dilancarkan beberapa bulan lalu telah mendapat sambutan yang baik dimana realme 5 dan realme 5 Pro menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan teknologi quad-kamera.

Ketika pelancaran realme 5 Pro dilihat mempunyai pakej kamera yang lebih baik khususnya dengan pengunaan sensor utama 48MP yang ternyata merupakan ‘standard’ minima bagi telefon pintar kelas flaghip sepanjang tahun 2019.

Walaubagaimanapun realme telah memberikan nafas semula kepada realme 5 dengan melancarkan realme 5s yang kini membawakan teknologi quad-kamera 48MP pada harga yang lebih murah.

Sebelum kami memulakan ulasan realme 5s, ingin kami perkatakan bahawa kebanyakkan Spesifikasi realme 5s adalah seperti realme 5 dan kebanyakkan ulasan adalah sama.

Berikut adalah ulasan realme 5s yang akan ditawarkan di Malaysia mulai 14 Disember ini pada harga penjualan RM 799

ULASAN : realme 5 Pro – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera flagship terbaik pada harga bajet

Buka Kotak – Video

Reka Bentuk

Seperti sudah menjadi identiti Realme, anda disajikan dengan paparan hadapan skrin mini drop yang sama seperti beberapa generasi telefon pintar sebelum ini.

Jika skrin FHD+ adalah pilihan pada model Pro, realme 5s mengekalkan resolusi skrin HD+ seperti pada generasi sebelum ini iaitu realme 3.

C43E1B67-AB0B-4E1F-BA6C-75F91D4A5AF5-1024x621.jpeg

Skrin paparan ini adalah jenis yang mempunyai takukan minidrop yang kini 30.9% lebih kecil berbanding generasi sebelum (realme 3) ini dan kami akan perkatakan lebih lanjut mengenai perkara ini dibahagian skrin.

44989450-ED7F-42A7-BF78-28A05CDB02BD-1024x766.jpeg

Pada bahagian belakang, perbezaan antara realme 5, realme 5s dan realme 5 Pro hampir tidak wujud kecuali jika anda melihatnya dengan teliti.

realme 5s hadir dengan reka bentuk kristal yang dikenali sebagai nano halografik. reka bentuk realme 5s ini adalah premium lebih-lebih lagi bagi tahap harga seperti ini.

Panel belakang realme 5s masih merupakan plastik namun kegigihan realme untuk menampilkanya sebagai gelas harus diberikan pujian.

selain daripada itu, realme 5s hadir dengan profil yang lebih tinggi berbanding realme 5 pro dan generasi sebelum ini ( realme 3) iaitu 164.4mm.

8F1777DE-4D21-4F33-B5FB-EB157DBF2AD1-1024x444.jpeg

Pada bahagian bawah, realme 5s mempunyai slot microUSB, gril pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan mikrofon.

Pada bahagian sisi kiri pula terdapat butang pelaras suara dan slot tri-SIM manakala dibahagian kanan terdapat butang kuasa.

33AB5CF5-27ED-429A-AE34-59F3B2FE07A8-1024x630.jpeg

Skrin Paparan

realme 5s hadir dengan skrin paparan mini-drop berukuran 6.5-inci yang menolak resolusi HD+ 1600×720 dengan kepadatan piksel 269ppi.

Panel skrin ini adalah lebih besar berbanding skrin realme 3 yang mana panel 6.2-inci telah digunakan ketika itu.

Panel LCD yang digunakan pada realme 5s ini meliputi 89% daripada permukaan hadapan dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla yang tidak dinyatakan generasi yang mana.

pengunaan skrin paparan HD+ sama seperti pada  realme 5 adalah sesuatu yang logik namun pasti ada ramai pihak yang gembira jika realme menawarkan panel FHD+ pada telefon pintar mampu milik seperti realme 5s ini.

Secara keseluruhanya, realme 5s menawarkan pengalaman skrin yang terbaik pada harga ini yang mana ianya sama seperti pada realme 5

Pemproses

realme 5s adalah telefon pintar yang berkuasa dan menyaksikan siri telefon pintar mampu milik ini menggunakan pemproses Snapdragon yang dibekalkan oleh Qualcomm seperti pada realme 5.

Pada realme 5s ini, pemproses kelas mid-range daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 665 AIE telah menjadi pilihan dan bagi pasaran Malaysia, ianya ditawarkan didalam konfigurasi 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Pemproses Snapdragon 665 AEI yang digunakan pada realme 5s ini adalah berasaskan cip 11nm dengan kelajuan 2.0GHz dan ini adalah hampir 20% lebih baik berbanding pemproses Snapdragon 660 AEI.

D5E4D5A9-412D-48A1-9BAC-60A080DA1EC4-1024x654.jpeg

realme 5s juga hadir dengan antaramuka ColorOS yang berasaskan Android Pie namun kali ini terdapat folder yang mencadangkan aplikasi dan permainan video yang boleh dimuat turun.

Sebagai menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pengguna, realme telah mengesahkan bahawa kemaskini Android 10 bagi realme 5s akan mula ditawarkan sekitar suku ke-2 2020.

Bagi penggemar permainan video, pengalaman gaming anda sudah pasti lebih ‘berpuas hati’ dengan penawaran Game Space yang membawa prestasi telefon pintar ini ke tahap maksima.

Kamera

Antara perbezaan paling ketara antara realme 5 dan realme 5s adalah ianya membawakan penawaran 4 kamera kelas flaghsip kepada telefon pintar mampu milik.

Seperti realme 5 Pro, realme 5s kini hadir dengan sensor utama 48MP namun sensor yang digunakan pada realme 5s adalah Samsung GM1 manakala realme 5 Pro pula hadir dengan sensor Sony IMX586.

Walapun sensor yang berbeza, secara asasnya teknologi yang digunakan adalah hampir sama namun kelebihan adalah pada sensor Sony.

Tiga sensor yang lain adalah satu sensor ultra lebar 8MP dengan sudut 119° darjah, sensor potret 2MP dan sensor makro 2MP.

Gambar yang diambil ternyata mampu mengekalkan keindahan situasi atau adengan yang diambil namun jumlah maklumat tidak lah begitu tinggi.

Pengunaan sensor kanta lebar bagi mengambil gambar yang lebih luas juga memberikan kita hasil yang memuaskan.

Ianya membolehkan anda mengambil gambar yang lebih luas namun anda harus berhati-hati supaya tidak terlalu dekat dengan peranti kerana ianya akan menghasilkan kesan ‘fish-eye’.

Lebih menarik, realme tidak membataskan mod malam NightScape kepda realme 5 Pro dan ciri ini turut boleh dinikmati oleh pemilik realme 5 dan realme 5s

Mod NightScape realme ini membolehkan fotografi waktu malam yang lebih baik, walaupun tidak sempurna.


Gambar mod malam yang diambil pada realme 5s boleh dilakukan dengan mengaktifkan mod NightScape pada aplikasi kamera dan pengunaan tripod akan membolehkan mod NightScape ini lebih efektif.

Gambar potret pada realme 5s ini dibantu dengan satu sensor 2MP yang mempunyai tugas membekalkan maklumat ‘depth’ dan memberikan kesan bokeh yang sempurna. Bergantung kepada keadaan cahaya, realme 5 mampu mengambil gambar potret yang baik.

Mod makro realme 5s adalah seperti yang ditawarkan pada realme 5 Pro dan realme 5 dengan hasil yang lebih kurang sama.

Seperti kami perkatakan pada ulasan eksklusif realme 5 Pro, sensor makro ini menawarkan satu sudut fotografi yang baru namun resolusi sensor yang lebih tinggi sudah pasti mampu mengubah kualiti gambar yang diambil.

realme-5-selfie-sample-1024x455.jpg

beralih kepada kamera selfie yang mempunyai peranan penting pada telefon pintar, realme telah membekalkan kamera selfie 13MP yang mempunyai aperture f/2.0 dengan AI Beauty dan AI HDR.

Bateri

Selain kamera, realme 5s memiliki kelebihan kompetitif dari segi penawaran bateri, realme 5s disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menawarkan jangka hayat bateri luar biasa pada harga bajet.

Sedikit mengecewakan adalah realme 5s juga masih belum dinaik taraf ke penggunaan slot USB-C seperti realme 5 Pro dan masih kekal dengan slot microUSB yang sudah ditelan zaman.

Pengecasan 10W 5V/2A telah disertakan didalam kotak dan ianya mampu memberikan sekitar 20-30% didalam masa 30 minit pengecasan yang mana ianya tidak lah begitu pantas.


Penutup

Penawaran realme 5s di Malaysia adalah sesuatu yang tidak diduga namun ini membuktikan realme mahu menawarkan hampir kesemua produk terbaik mereka kepada pengguna di Malaysia.

realme 5s hadir ke pasaran dengan pakej kamera seperti realme 5 namun pada harga penjualan yang lebih rendah.

Jika anda mahukan kamera yang setanding realme 5 atau telefon pintar 48MP yang lain dipasaran, realme 5s mampu memberikan kesemua ini pada harga yang berpatutan.

realme 5s akan ditawarkan di Malaysia mulai 14 Disember (Penjualan offline) ini pada harga penjualan RM 799.

penjualan online akan bermula pada 19 Disember secara eksklusif di Shopee dan dapatkan percuma Realme Buds 2.

Gambar-gambar yang diambil menggunakan sensor quad-kamera realme 5s

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.