Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

penjualan offline realme X2 Pro akan berlangsung tengah malam ini di DirectD Gadget MEGA Store PJ


realme X2 Pro yang dilancarkan pada 2 Disember yang lalu kini telah secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada harga penjualan RM 2,399 dan penjualan offline khas akan berlangsung tengah malam ini.

Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang mengunjungi DirectD Gadget MEGA Store  (PJ) dengan pelbagai acara dijangka bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga kemuncak penjualan yang dijangka mula tepat pada pukul tengah malam ini.

Bagi pembeli telefon pintar realme X2 Pro di penjualan offline ini, anda akan menerima Buds Wireless, realme Powerbank dan beg galas realme.

realme X2 Pro hadir dengan harga penjualan RM 2,399 dan ianya adalah bagi kapasiti paling premium iaitu 12/256GB.

realme X2 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Neptune Blue dan Lunar White.

maklumat lanjut di directD

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.