Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 5s akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 12 Disember ini

realme 5s Malaysia
Selepas pelancaran realme X2 Pro di Malaysia minggu lalu, realme kini telah mengesahkan pelancaran realme 5s di pasaran tempatan pada 12 Disember ini.

realme 5s adalah telefon pintar terbaru didalam keluarga realme 5 yang dianggotai oleh realme 5 dan realme 5 Pro.

Kebanyakkan spesifkasi realme 5 dan realme 5s adalah sama kecuali dari segi kamera dan kapasiti RAM serta storan dalaman.

Bercakap mengenai realme 5s, ianya hadir dengan skrin paparan mini-drop HD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9 (720×1600), pemproses Snapdragon 665, 4GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB/128GB.

realme 5s kini hadir dengan tetapan sensor utama 48MP Samsung GM1, sensor lensar lebar 8MP dengan 119-darjah FoV, sensor makro 2MP dan sensor depth juga pada resolusi 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.

realme 5s juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang masih mengekalkan pengunaan slot microUSB.

satu lagi perubahan pada realme 5s adalah, ianya akan hadir didalam pilihan warna merah.

Buat masa ini harga penjualan realme 5s di Malaysia masih belum diketahui.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.