Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

stok realme X2 Pro di Lazada habis dalam masa 14 minit sahaja

stok realme X2 Pro di Lazada habis dalam masa 14 minit sahaja 3
Seperti yang diumumkan ketika pelancaran, realme X2 Pro telah dibuka untuk pra-tempahan eksklusif di Lazada mulai tengah malam tadi dan selepas hanya 14 minit pra-tempahan ‘Lazada Chup Dulu’ ini dibuka, stok bagi kesemua unit realme X2 Pro telahpun habis.

realme X2 Pro telah dilancarkan pada 2 Disember yang lalu iaitu pada harga penjualan RM 2,399 bagi versi 12/256GB dan kehabisan stok didalam masa 14 minit membuktikan telefon pintar kelas flaghsip realme ini juga mendapat sambutan yang positif di Malaysia.

Jika anda tidak berjaya mendapatkan realme X2 Pro melalui Lazada, anda tidak perlu menunggu lama kerana realme akan mengadakan penjualan ‘offline’ khas realme X2 Pro di stor DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya pada 7 Disember (mulai 12 tengah malam).

Selain itu, penjualan rasmi realme X2 Pro bermula pada 12 Disember 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.