Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro kini secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,399

realme secara rasminya telah memperkenalkan realme X2 Pro ke pasara Malaysia dengan reputasi sebagai telefon pintar flaghsip killer 2019.

realme X2 Pro akan ditawarkan pada harga penjualan RM 2,399 dan berita baik bagi kita di Malaysia, kita akan menerima versi 12GB/256GB.

realme X2 pro malaysia launch

Realme X2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ Super AMOLED 90Hz berukuran 6.5-inci lengkap dengan sensor capjari terbina pada skrin dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 5, pemproses Snapdragon 855+, 12GB RAM dan 256GB (UFS 3.0) storan dalaman.


Selain itu, realme X2 Pro juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP + sensor kanta lebar 8MP + sensor telefoto  13MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Realme X2 juga disertakan ColorOS 6, teknologi penyejukan vapor chambers dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W Super VOOC (pengecasan penuh dalam masa 35 minit sahaja).

realme X2 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Neptune Blue dan Lunar White.

realme X2 Pro akan ditawarkan mulai 5 Disember ini di Lazada dimana anda boleh ‘Chup Dulu Lazada’ ( percuma realme Buds Wirelss, realme Power Bank & Beg realme).

realme akan turut mengadakan penjualan tengah malam khas X2 Pro di DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya pada 7 Disember.

penjualan rasmi X2 Pro akan bermula di Lazada mulai tengah malam 12.12.

 

realme Malaysia juga telah mengesahkan akan membawa masuk realme X2 Pro Master Edition tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.