Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo S1 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,199


vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan Vivo S1 Pro ke pasaran tempatan dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,199.

vivo S1 Pro adalah telefon pintar yang mempunyai reka bentuk luaran yang sama seperti Vivo S5 namun dengan sedikit perbezaan dari segi spesifkasi dalaman.

vivo S1 Pro Malaysia

Vivo S1 Pro hadir dengan skrin paparan punch hole Super AMOLED berukuran 6.38-inci (1080p), pemproses Snapdragon 665 , 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Bercakap mengenai aspek fotografi, Vivo S1 Pro hadir dengan tetapan quad-kamera yang unik dibelakang dimana susunan kamera seperti bentuk berlian adalah berbeza daripada apa yang pernah ditawarkan dipasaran.

Sensor kamera yang digunakan adalah sensor utama 48MP, sensor ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah unit 32MP.

Selain itu, Vivo S1 Pro juga  hadir dengan FunTouch OS 9.2  berasaskan Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 4,5000mAh (pengecasan pantas 18W) dan sensor capjari pada skrin.

Vivo S1 Pro akan ditawarkan mulai 7 Disember ini dengan harga penjualan RM 1,199 sahaja namun anda boleh mula membuat pra-tempahan mulai 3 Disember.

pra-tempah sekarang di vivo Malaysia guna kod : VIVOS1PRO dan nikmati diskaun RM 50 – percuma hadiah misteri.

Vivo Malaysia akan mengadakan penjualan khas vivo S1 Pro Superday di Central i-city pada 7 Disember ini dengan pelbagai promosi khas dan cabutan bertuah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.