Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee kembali lagi dengan tawaran menarik 12.12 Birthday Sale


Di saat kita bakal memasuki bulan terakhir bagi tahun 2019, Shopee Malaysia telah mengumumkan satu lagi penjualan hebat Shopee 12.12 yang membawakan pelbagai tawaran menarik dan diskaun hebat kepada pembeli.

Selain itu, bersempena dengan pelancaran Shopee 12.12 Birthday Sale, Shopee dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah melancarkan sebuah kedai pengkhususan automotif atas talian di Shopee yang dikenali sebagai Desaauto@KPLB.

Sebagai permulaan, sebanyak 100 produk akan didapati di kedai rasmi atas talian tersebut.


Shopee
12.12 Birthday Sale akan berlangsung dari 28 November hingga 12 Disember, antara promosi menarik adalah tawaran harian pada harga RM12, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, dan 12 juta Shopee coins untuk dimenangi di Shopee Catch.


Selain itu, syarikat automotif telah mengumumkan pembukaan kedai rasmi Proton di Shopee dan dari 3 Disember hingga 31 Disember 2019, anda boleh melakukan tempahan bagi Proton X70 pada harga serendah RM99.00.

Di samping itu, 50 pelanggan pertama yang mendaftar Proton X70 mereka sebelum 31 Disember 2019 juga akan menerima baucar-baucar Shopee berjumlah RM2,000 serta dapat menikmati promosi lain yang sedia ada dari PROTON.

Dalam pada sambutan ulang tahun kelahiran Shopee, para pengguna kini boleh menambah nilai bagi telefon bimbit dan membayar bil Astro, air, dan elektrik mereka dengan mudah melalui ciri baharu Reloads, Vouchers, and Bills yang terdapat di aplikasi Shopee.

Maklumat lanjut mengenai promosi menarik Shopee 12.12 boleh diketahui di http://shopee.com.my/1212

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.