Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan skrin Fluid AMOLED 90Hz yang memberikan pengalaman visual selembut sutera

realme x2 pro malaysia

Apabila bercakap sahaja mengenai telefon pintar, perkara pertama yang akan terlintas difikiran kita adalah skrin paparan

Skrin paparan adalah agenda utama pada satu satu telefon pintar dan ianya juga akan membezakan baik dengan yang terbaik

realme syarikat yang terkenal dengan semangat ā€˜Dare to Leapā€™ sudah pastinya mahu memberikan yang terbaik kepada pengguna dan realme X2 Pro Ā telah dilengkapkan dengan skrinpaparan yang paling hebat pernah digunakan pada telefon pintarrealme.

realme X2 Pro hadir dengan skrin paparan fluid AMOLED 90Hz yang menjadikanya sebagai teknologi skrin paling lancar pernah digunakan oleh syarikat ini.

Apabila dibandingkan dengan telefon pintar yang berada dipasaran semasa, realme X2 Pro hadir dengan 50% kadar bingkai lebih tinggi dengan sifar ā€˜lagā€™. Ini membolehkan setiappaparan pada skrin ini selembut sutera.

Apakah itu skrin paparan 90Hz?, secara asasnya pengunaanskrin paparan ini akan menawarkan pengalaman animasi dan scrolling yang lebih lancar. Skrin paparan dengan kadar segar semula 90Hz ini mempunyai keupayaan untuk memaparkan 90 bingkai sesaat.

Kebanyakkan telefon pintar dipasaran biasanya hadir dengan skrin paparan yang mempunyai kadar segar semula 60Hz sahaja.

Skrin paparan realme X2 Pro juga Ā telah memenuhi pra-syarat permainan video kompleks yang membolehkan pengguna bermain tanpa sebarang lag atau gangguan.

realme X2 Pro juga menyokong HDR10+ dan 100% gamut warna DCI-P3, mod skrin outdoor, mod perlindungan mata waktu malam, dan kesan visual ultra jelas yang menjanjikan pengalaman skrin yang lebih selesa dan jelas.

realme X2 Pro juga telah mendapat pensijilan Full Care Display daripada TUV Rheinland.

Pengalaman skrin pada realme X2 Pro adalah sesuatu yang perlu anda alami sendiri dan anda tidak perlu menunggu lama kerana pelancaran realme X2 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 2 Disember 2019.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.