Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y9s akan ditawarkan di Malaysia pada 29 November dengan harga penjualan RM 999

Huawei Y9s Malaysia
Huawei secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar Huawei Y9s yang menawarkan pengguna satu pakej telefon pintar dengan skrin besar, bateri
besar dan pretasi yang baik.

Huawei Y9s Malaysia

Huawei Y9s hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.59-inci yang tidak mempunyai takukan dengan nisbah skrin 91% (391ppi).

Huawei Y9s hadir dengan pemproses Kirin 710F, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman, GPU 3.0 dan EMUI 9.1.

Huawei Y9s Malaysia price

Beralih kepada aspek fotografi, Huawei Y9s disertakan dengan kamera selfie pop-up 16MP manakala dibahagian belakang terdapat tetapan tri-kamera dengan sensor utama 48MP + sensor ultra lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP.

Seperti siri Honor 20, Huawei Y9s juga hadir dengan sensor capjari dibahagian sisi yang di integrasikan pada butang kuasa.

Selain itu, Huawei Y9s hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 10W ( slot USB-C).

Huawei Y9s akan mula dijual secara rasmi mulai 29 November ini di Huawei Experience Stores seluruh Malaysia, stor wakil penjual sah produk Huawei dan stor atas talian rasmi Huawei Malaysia.

Huawei Band 4 Malaysia

Sempena meraikan pelancaran Huawei Y9s di Malaysia, setiap pembelian terawal telefon pintar ini akan menerima Huawei Band 4 bernilai RM 149 secara percuma (sementara stok masih ada).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.