Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 20 – Reviu 4 Sensor Kamera AI

HONOR 20 – Reviu 4 Sensor Kamera AI

Sejurus sahaja selepas pelancaran global Honor 20, telefon pintar ini telah menarik perhatian yang luar biasa daripada pengguna telefon pintar diseluruh dunia.

Selepas itu penjualan Honor 20 telah bermula di China dan telefon pintar ini telah mendapat satu respon yang amat positif di pasaran telefon pintar yang paling kompetitif didunia ini.

Buktinya adalah Honor berjaya menjual lebih daripada satu juta unit Honor 20 didalam masa 14 hari selepas penjualan bermula di China sahaja.

Honor 20 - Reviu 4 sensor Kamera AI

Honor 20 merupakan telefon pintar pertama syarikat ini untuk memiliki tetapan 4 kamera dibelakang dengan sensor utama adalah kamera 48MP yang dibekalkan oleh Sony.

1. Telefon pintar pertama Honor dengan 4 kamera – sentiasa bersedia untuk mengambil gambar dalam pelbagai sudut

Honor 20 memiliki 4 sensor kamera yang mana setiap sensor ini mempunyai kegunaan fotografi yang berbeza.

Dengan pengunaan 4 lensa yang berbeza, Honor 20 secara tidak langsung menawarkan kebolehan kamera DSLR yang mampu mengubah lensa mengikut keperluan penggambaran.

Pengguna kini diberikan satu kebolehan luar biasa untuk memilih lensa yang sesuai mengikut keadaan penggambaran ketika itu.

Kamera telefon pintar Honor 20 ini meliputi kesemua sudut penggambaran samada jauh (lensa lebar 117 darjah) mahupun dekat (lensa makro 4CM) sehingga lah ke fotografi definisi tinggi melalui sensor utama 48MP.

Selain itu, algoritma unik Honor 20 seperti mod AI Ultra Clarity dan AIS Super Night meningkatkan pengalaman fotografi dari segi perisian.

2. Kamera utama 48MP Sony IMX586 – ketelitian gambar tanpa kompromi

Honor 20 hadir telah melengkapkan kamera Sony IMX 586 yang dibangunkan khas.

Honor 20 malaysia Sony IMX 586

Sensor ini mempunyai saiz 1/2 inci dengan 48 juta piksel yang aktif dan bukanya resolusi 48MP ‘palsu’ yang terhasil daripada penampalan gambar melalui perisian.

Ini memberikan setiap gambar yang diambil melalui kamera utama Honor 20 mengekalkan tahap kejelasan dan keterangan yang tiada bandingan.

Dengan pakej perisian dalaman yang sangat kukuh, Honor 20 juga telah hadir dengan teknologi hasil pengunaan cip Kirin 980.

Cip ini digandingkan dengan sensor kamera 48MP Sony untuk menawarkan mod kamera 48MP AI Ultra Clarity.

Honor 20 AI Clarity Mode

Ini membolehkan Honor 20 mengambil gambar yang lebih baik berbanding telefon pintar lain dipasaran yang turut menggunakan sensor 48MP yang sama.

Pengguna boleh menggunakan mod ini dengan memilih mod 48MP AI Ultra Clarity di bahagian resolusi foto pada bahagian tetapan kamera.

Selepas memilih mod ini, Lensa ini akan mengambil beberapa gambar 48MP secara berturut-turut sebelum menggunakan kebolehan pemprosesan imej Kirin 980 yang hadir dengan teknologi ‘Dual-ISP’ generasi ke-4 untuk melakukan proses sintesis pelbagai bingkai sebelum menggabungkan setiap butiran terbaik gambar 48MP menjadi satu gambar.

Selepas itu, cip AI dwi-NPU yang dimiliki oleh Kirin 980 akan mula beroperasi untuk mengoptimasikan keadaan cahaya, keterangan dan penghasilan warna sebelum mengeluarkan satu gambar HD yang menggabungkan potensi lensa HD 48MP dan kebolehan pemproses Kirin 980.

Hasil luar biasa mod 48MP AI Ultra Clarity adalah disebabkan Honor 20 tidak sahaja bergantung kepada lensar dan terdapat satu proses algoritma yang berlaku didalam masa beberapa milisaat sahaja selepas gambar diambil.

Cukup dengan kata-kata, mari kita lihat bagaimana hasil gambar yang diambil menggunakan Honor 20 :

Dapat dilihat dengan jelas bahawa setiap gambar yang diambil melalui mod ini mempunyai prestasi yang memberangsangkan dari aspek mengekalkan ketelitian walaupun ketika mengzoom gambar tersebut.

3. Teknologi ‘Quad Bayer’ yang menggabungkan empat piksel menjadi satu

Selain menyokong mod AI Ultra Clarity 48MP, Honor 20 juga menyokong teknologi fotografi paling popular didunia iaitu teknologi empat-piksel Quad Bayer.

Teknologi ini mampu membentuk satu piksel yang lebar berukuran 1.6μm dengan menggabungkan empat titik piksel menjadi satu piksel yang besar ( saiz piksel sensor kamera kelas flagship yang lain kebiasaanya adalah 1.2μm) yang membantu kebolehan menangkap cahaya sensor dan menyelesaikan masalah seperti kelemahan fotosensitiviti.

Honor 20 malaysiaHonor 20 malaysia price
Dengan ini, Honor 20 mempunyai kelebihan ketika mengambil gambar ‘low-light’ malah kejelasan, kecerahan dan jangka dinamik juga telah bertambah baik.

4. Mod malam AIS Super Night – penggambaran waktu malam yang sempurna

Kelemahan terbesar fotografi pada telefon pintar adalah pencahayaan. Selain penawaran teknologi lensa 4 dalam 1, Honor 20 juga mempunyai teknologi pengoptimasian kamera paling berkuasa pernah digunakan pada telefon pintar Honor iaitu AIS Super Night Mode.

Dalam keadaan cahaya yang rendah, telefon pintar ini secara automatik memanjangkan tempoh mengambil gambar yang membolehkan lebih banyak cahaya diserap.

Walaubagaimanapun kadar pendedahan yang lama juga dianggap sebagai satu petanda buruk bagi penggambaran fotografi mudah alih kerana tanpa pengunaan tripod, mana-mana goncangan tangan yang sedikit boleh menyebabkan kesan kabur pada gambar.

Mod AIS Super Night telah direka khas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi didalam industri ini.

AIS atau AI Image Stabilization mengambil kesempatan daripada prinsip HDR dan pada masa yang sama membuat banyak pengoptimasian berdasarkan HDR: setelah mengaktifkan mod ini, telefon akan melakukan beberapa penggambar melalui tahap pendedahan yang berbeza (2-6 saat) yang mana kadar pendedahan pendek adalah memastikan subjek tidak terlalu terang manakala kadar pendedahan yang lebih lama untuk mencerahkan aspek yang gelap pada gambar.

Honor 20 AIS Super Night Mode

Kemudian, imej terdedah pelbagai bingkai ini digabungkan dengan algoritma AI Image Stabilization untuk meningkatkan kecerahan dan rangkaian dinamik imej sambil mengurangkan kadar kekaburan didalam gambar.

Gambar diatas telah diambil dalam mod biasa dan mod AIS Super Night. dapat dilihat dengan jelas bahawa mod AIS Super Night mempunyai kelebihan besar dari segi kecerahan dan pemulihan terperinci berbanding dengan mod biasa.

Honor 20 night mode

5. Sensor lensa lebar 16MP, sudut fotografi yang lebih lebar

Apabila mengambil landskap semulajadi atau bangunan ikonik yang tinggi , lensa kamera telefon pintar kebiasaanya tidak mampu menangkap semua pemandangan ini didalam satu gambar dan pada saat ini sensor lensar lebar menjadi sangat berguna.

Selain kamera utama 48MP, Honor 20 juga dilengkapi dengan sensor ultra-lebar 16MP yang mempunyai ‘focal length’ 17mm yang meningkatkan keluasan lensa dan membantu pengguna mengambil gambar yang lebih luas.

Honor 20 juga menyokong algoritma anti-aliasing yang berkesan dalam membetulkan penyimpangan lensa lebar dan membuat foto yang ambil kelihatan lebih asli.

Honor 20 wide angleHonor 20 wide angle

6. Fotografi Makro pada jarak sedekat 4cm

Apabila mengambil gambar jarak dekat seperti serangga kecil, bunga, makanan, dan lain-lain, anda pasti mendapati bahawa apabila lensa dekat dengan objek, gambar akan menjadi kabur.

Perkara ini berlaku kerana lensa telefon pintar kelas flagship dipasaran memerlukan jarak sekurang-kurangnya 6cm daripada subjek malah ada juga yang sehingga 8cm. Ini tidak menjadi isu pada Honor 20 kerana ianya dilengkapi dengan lensar makro yang membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat sejauh 4cm sahaja.

Honor 20 macro mode Honor 20 macro mode

7. Mod potrait yang sempurna, pengaburan latar belakang kini lebih tepat

Mengambil gambar mod portrait kini sudah menjadi sesuatu yang wajib diambil setiap hari dan disebabkan ini Honor 20 telah disertakan dengan lensar kedalaman/kekaburan khas.

Honor 20 portrait

Lensa ini boleh digunakan bersama sensor utama 48MP dimana kamera utama ini akan membekalkan kesemua maklumat penting manakala lensa kedalaman ini akan membekalkan maklumat latar belakang dan kedua aspek ini akan digabungkan untuk menghasilkan gambar portrait yang sempurna.

Selain itu, lensa ini juga boleh digunakan untuk mengambil portrait objek. Selepas mengaburkan latar belakang, objek diberikan penambahbaikan bagi mendapat hasil gambar dengan visual yang lebih tinggi.

Honor 20 macro mode

Honor 20

Selepas membaca tafsiran lengkap mengenai kebolehan kamera Honor 20, adakah anda merasa Honor 20 merupakan satu pembelian yang berbaloi?

Honor 20 ini telah dilancarkan mula ditawarkan di Malaysia pada 21 Jun 2019 dengan hadiah eksklusif percuma bernilai sehingga RM 500.

Untuk pemahaman yang lebih komprehensif mengenai pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri HONOR 20 sila rujuk laporan kami sebelum ini di SINI

Akhir sekali, pastikan anda tidak terlepas promosi istimewa sempena ulang tahun ke-5 Honor yang akan diadakan dari 21 Jun sehingga 31 Julai ini yang menawarkan diskaun sehingga RM 500 untuk Honor View20 dan tawaran hampir 50% untuk HONOR 10, berserta pelbagai peraduan dan hadiah percuma untuk dimenangi.

Honor 5th anniversary sale malaysia

Dapatkan maklumat lanjut di

Facebook HONOR Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.