Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Note 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Disember 2019

Xiaomi Mi Note 10 Malaysia

Xiaomi Mi Note 10 yang dilancarkan secara rasmi beberapa minggu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.

Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Mi Note 10 akan memasuki pasaran Malaysia pada 3 Disember ini.

Xiaomi Mi Note 10 Malaysia

Xiaomi Mi Note 10 hadir dengan skrin paparan waterdrop Super AMOLED 6.47” (FHD+)yang melengkung dibahagian sisi dengan nisbah 19:5:9 .

Panel ini juga menempatkan sensor capjari yang 88% lebih nipis namun dengan ruang pengesanan yang lebih besar dan pantas.

56B18460-4052-4DC3-8CB5-DA08EB583D91-1024x576.jpeg

Selain daripada itu, Xiaomi Mi Note 10 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 730G, bateri berkapasiti 5,260mAh dengan pengecasan pantas PD 30W yang membolehkan ianya mencapai tahap 58% dalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 65 minit sahaja.

AA515EAD-15BC-495A-85A5-B869843E2544-1024x585.jpeg

Beralih kepada tumpuan utama pada Mi Note 10 , iaitu 5 sensor kamera dibelakang. Sensor utama telefon pintar ini adalah 108MP f/1.7 Samsung ISOCELL Brigh HMX yang dibangunkan bersama syarikat korea selatan dan terdapat pengunaan lensa 8P pada edisi Mi Note 10 Pro – telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan lensa 8P.

273A3A4E-C94C-401A-92E0-0897CD25C446-1024x576.jpeg

4 sensor lain pada Mi Note 10  ini adalah sensor telefoto 5MP yang menawarkan 5x zoom optik , sensor potret 12MP, sensor ultrawide 20MP dan sensor makro 2MP yang boleh mengambil gambar pad jarak 1.5cm sahaja (jarak paling dekat yang dicapai pada telefon pintar). Kamera selfie adalah 32MP.

Dengan teknologi penta kamera 108MP ini,  Note 10  juga dijangka menerima mata DxOMark 121 mata yang meletakkanya di tempat kedua dibelakang Huawei Mate30 Pro.

76B26733-8F09-409A-98B6-F07268DBF695-1024x576.jpeg

Mi Note 10 akan hadir dengan MIUI 11 yang berasaskan Android 9.0 Pie dan terdapat tiga pilihan warna iaitu Aurora Green, Glacier White, dan Midnight Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.