Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Disember ini

realme X2 Malaysia

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Disember ini.

realme X2 Pro sebelum ini telah dikesan di SIRIM yang menandakan pelancaran di Malaysia tidak terlalu jauh.

realme X2 pro malaysia

Realme X2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ Super AMOLED 90Hz berukuran 6.5-inci lengkap dengan sensor capjari terbina pada skrin dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 5, pemproses Snapdragon 855+ dengan tiga konfigurasi RAM dan ROM (UFS 3.0) iaitu 6/64GB, 8/128GB dan 12/256GB.

realme X2 pro malaysia
Selain itu, realme X2 Pro juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP + sensor kanta lebar 8MP + sensor telefoto  13MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

realme X2 pro malaysiarealme X2 pro malaysia

Realme X2 juga disertakan ColorOS 6, teknologi penyejukan vapor chambers dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W Super VOOC.

realme X2 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Neptune Blue dan Lunar White.

Harga penjualan realme X2 Pro di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.