Huawei Nova 6 5G bakal dilancarkan dengan sensor kamera 60MP Sony IMX686
Huawei Nova 6 5G dijangka akan dilancarkan di pasaran China tidak lama lagi dan berdasarkan teaser yang telah dimuatnaik akaun weibo Huawei, telefon pintar ini akan hadir dengan panel skrin hadapan yang memiliki dwi-kamera selfie ‘punch hole’.
Walaupun tiada pengesahan rasmi, Huawei Nova 6 5G adalah model yang akan berasaskan Honor V30 yang akan dilancarkan pada 26 November ini.
Selain daripada itu, maklumat spesfikasi Huawei Nova 6 5G ini juga diketahui dimana ianya akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.44-inci, pemproses Kirin 990 dengan modem 5G terbina dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W.
Bercakap mengenai bahagian kamera, Huawei Nova 6 5G akan menjadi telefon pintar pertama Huawei untuk menggunakan sensor kamera Sony 60MP IMX686 yang dipadankan bersama-sama sensor 16MP ultrawide, 2MP sensor makro dan 2MP sensor kedalaman.
Bercakap mengenai penawaran Huawei Nova 6 5G ke pasaran antarabangsa, ianya mungkin akan mengambil masa sedikit khususnya kerana larangan pengunaan perkhidmatan Google.