Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Black Shark 2 Pro Malaysia – 5 sebab kenapa anda patut beli telefon pintar ini

Black Shark merupakan jenama telefon pintar yang hanya ditubuhkan pada tahun 2017 dengan fokus utama adalah untuk menawarkan peranti khas gaming pada harga yang lebih berpatutan untuk pengguna.

Selepas pelancaran Black Shark 2 awal tahun ini, Black Shark 2 Pro telah dilancarkan pada bulan Julai yang lalu sebelum memasuki pasaran Malaysia pada bulam September.

Black Shark 2 Pro hadir ke pasaran Malaysia sebagai telefon pintar gaming termurah dipasaran dengan harga penjualan serendah RM 2,499 sahaja.

Anda pasti sedia maklum bahawa Black Shark adalah anak syarikat Xiaomi yang memiliki hampir 46% saham syarikat ini.

Berikut adalah sebab kenapa Xiaomi Black Shark 2 Pro adalah telefon pintar gaming yang patut anda miliki.

1. Telefon pintar gaming termurah di Malaysia

Black Shark 2 Pro adalah telefon pintar gaming termurah di Malaysia iaitu lebih murah dari Asus ROG Phone 2 dan Razer Phone 2 (harga ketika pelancaran).

Faktor harga adalah satu isu yang amat dititikberatkan oleh pengguna di Malaysia dan dengan kelebihan harga penjualan yang rendah, Black Shark 2 Pro adalah peranti yang sudah pasti mempunyai ramai peminat.

2. Reka bentuk yang agresif

Pada pandangan pertama, Black Shark 2 Pro adalah telefon pintar yang dinspirasikan dari industri gaming dan ianya terjemahkan secara telus pada reka bentuk telefon pintar ini.

reka bentuk pada Black Shark 2 Pro ini telah diubahsuai sedikit berbanding pada BS2 dan terdapat juga dua lampu RGB dibelakang.

3. Antara telefon pintar Snapdragon 855+ termurah di Malaysia

Selain reputasi sebagai telefon pintar gaming termurah di Malaysia, Black Shark 2 Pro juga telah menyandang gelaran telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 855+ termurah di Malaysia.

Snapdragon 855+ adalah pemproses yang khas untuk telefon pintar dan walaupun hadir penjualan yang berpatutan, Black Shark telah menyertakan jenis pemproses yang sama seperti pada Asus ROG Phone 2.

4. Skrin paparan dengan latensi skrin paling rendah

Adalah sedikit mengecewakan apabila kami mengetahui bahawa Black Shark 2 Pro hanya hadir dengan skrin paparan AMOLED yang menolak resolusi FHD+ sahaja.

Penawaran skrin paparan AMOLED dengan resolusi QHD sudah pasti memberikan anda pengalaman gaming berkualiti tinggi namun bagi menebus perkara ini, Black Shark telah menurunkan latensi sentuhan dari 43.5ms kepada 34.7ms sahaja.

5. Kamera 48MP Sony IMX586 dan storan dalaman UFS 3.0

Walaupun hadir dengan reputasi telefon pintar gaming, Black Shark harus dipuji kerana masih mampu menyertakan sensor kamera flagship 48MP Sony IMX586 pada Black Shark 2 Pro

Satu lagi kelebihan Black Shark 2 Pro adalah ianya turut dilengkapi dengan storan dalaman jenis UFS 3.0 yang menjanjikan pembacaan dan penulisan data yang lebih pantas.

Di mana anda boleh membeli Black Shark 2 Pro

Black Shark 2 Pro kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,499 dan pembelian boleh dibuat di Shopee.

Berikut adalah harga bagi kedua-dua varian Black Shark 2 Pro di Malaysia

Black Shark 2 Pro 8/128GB – RM 2,499

Black Shark 2 Pro 12/256GB – RM 2,999

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.