Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Razr dengan skrin foldable diumumkan secara rasmi

Motorola Razr Malaysia
Motorola telah melakukan satu ‘comeback’ dengan pelancaran telefon pintar Motorola Razr yang baru dengan skrin paparan lipat berukuran 6.2-inci pada panel dalam.

Motorola Razr Malaysia

Motorola Razr disertakan dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 710, 6GB RAM, 128GB memori storan dalaman dan OS Android Pie dengan perkhimatan penuh Google Services.

Motorola Razr dilengkapi dengan dua unit kamera iaitu satu diluar dan satu didalam yang mana sensor didalam adalah unit 16MP f/1.7 dengan Dual Pixel AF, Laser AF dan flash dwi-LED. Kamera selfie adalah 5MP.

Bercakap mengenai skrin paparan lipat pada bahagain dalam, ianya adalah panel pOLED yang mempunyai nama Cinemavision dengan resolusi 2142 x 876 piksel dan terdapat juga salah lagi panel OLED berukuran 2.7-inxi diluar yang dikenali sebagai skrin Quick View dengan resolusi 600 x 800 piksel.

Motorola Razr juga disertakan dengan bateri berkapasiti 2,510mAh yang turut menyokong pengecasan pantas TurboPower 15W.

Motorola Razr ini akan ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu Noir Black.

Motorola belum mengumumkan bila Moto Razr ini akan dilancarkan mahupun harga penjualan rasmi namun terdapat laporan mengatakan ianya akan dijual pada harga $1,500 (RM 6,234).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.