Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia Smart TV akan dilancarkan dengan Android Pie dan audio JBL

Nokia Smart TV Malaysia
Nokia secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan mengeluarkan set televisyen di India melalui satu kerjasama strategik dengan Flipkart.

Nokia Smart TV akan dikilangkan di India dan mungkin hanya akan ditawarkan dipasaran itu sahaja.

Nokia Smart TV akan hadir dengan panel 4K Ultra HD, sokongan sistem audio JBL dan dengan UI yang berasakan Android Pie dan terdapat juga sokongan Google Play Store.

Nokia Smart TV juga akan hadir dengan teknologi Intelligent Dimming yang menawarkan kecerahan optimum dan warna hitam yang lebih ‘hitam’.

Kemasukan Nokia ke pasaran televisyen bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandang Nokia akan bersaing dengan tiga lagi pengeluar telefon pintar popular yang menawarkan televisyen mereka di India iaitu OnePlus TV dan Motorola TV dan Mi TV

Nokia Smart TV ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember dan akan ditawarkan melalui Flipkart.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.