Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro melancarkan perkhimatan 4K UHD dengan kebolehan rakaman cloud secara percuma

Astro Ultra Box 4K MalaysiaAstro Malaysia secara rasminya telah melancarkan perkhimatan 4K dengan penawaran Astro Ultra Box yang baru.

Dengan set Astro Ultra Box yang baru, anda boleh menonton siaran 4K UHD, melakukan rakaman yang simpan di ‘cloud’ dan antara muka yang baru dan sama tidak kira anda menonton di televisyen mahupun di peranti mudah alih melalui Astro Go.

Astro Ultra Box 4K Malaysia

Astro Ultra Box akan membawakan anda acara sukan kegemaran anda didalam kualiti 4K secara langsung seperti English Premier League, EURO 2020, Formula 1 dan liga bola sepak Sepanyol (La Liga).

Antara kelebihan Astro Utra Box adalah seperti berikut :

Astro Cloud Recording – percuma sehingga 200 jam rakaman yang boleh diakses melalui Ultra Box mahupun melalui Astro Go. Pelanggan juga boleh meningkatkan jumlah storan sehingga 1500 jam dengan langganan bulanan RM 15.

Play from Start : jika anda terlewat menonton acara kegemaran anda, dengan Astro Ultra Box boleh memainkan semula dari permulaan rancangan tanpa sebarang masalah.

New Home Screen – antara muka yang baru untuk pengalaman Astro yang lebih menarik.

Apakah kos untuk memiliki Astro Ultra Box ini?, jawapanya adalah ianya percuma bagi pelanggan sediada Astro yang mempunyai langganan bulanan bernilai RM 100 dan ke atas.

Bagi pelanggan baru yang melanggan pakej Astro bernilai RM 100 dan ke atas, anda akan dikenakan yuran pemasangan RM 99 manakala pelanggan sediada yang mempunyai pakej dibawah RM 100 akan dikenakan yuran pemasangan RM 199.

Maklumat lanjut mengenai Astro Ultra Box, hubungi 03-7490 8000 atau layari https://www.astro.com.my/ultra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.