Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme XT dinobatkan sebagai telefon pintar 64MP No.1 di Lazada 11.11


realme sebelum ini telah diiktiraf oleh Counterpoint sebagai jenama telefon pintar paling berkembang pesat pada tahun 2019 dan kini syarikat ni menerima satu lagi anugerah yang membuktikan kepopularan produk realme di Malaysia.

realme telah memecah satu lagi rekod di penjualan Lazada 11.11 yang mana realme telah menawarkan pelbagai tawaran eksklusif dan juga hadiah percuma.

realme telah menduduki tangga pertama didalam senarai telefon pintar 64MP pada penjualan Lazada 11.11 yang mana ianya adalah model realme XT (8/128GB) yang ditawarkan pada harga RM 1,399 sahaja.

Selain itu, siri realme 5 juga mendapat sambutan yang menggalakan pada Lazada 11.11 iaitu bagi realme 5 Pro dan realme 5.

Ini menjadikan siri realme 5 sebagai telefon pintar quad-kamera No.1 di Lazada 11.11 yang berakhir pada 11 November.

Untuk tawaran menarik bagi produk realme, kunjungi store rasmi realme di Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.