Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme Buds Wireless – earbuds premium pertama realme pada harga mampu milik

realme Buds Wireless malaysia
Sejak memasuki pasaran Malaysia kira-kira satu tahun lalu, realme telah mengeluarkan pelbagai model telefon pintar yang sedikit sebanyak telah memberikan pengguna di Malaysia pilihan yang lebih berpatutan pada harga kompetitif

Dengan semangat ‘Dare to Leap’ kerja keras realme untuk menawarkan produk terbaik pada harga berpatutan sangat jelas dan hasil daripada ini adalah pengiktirafan dari Counterpoint yang meletakkan realme sebagai syarikat telefon pintar yang mencatatkan pertumbuhan terbesar didunia.

falsafah realme ini nampaknya turut diterjemahkan kepada produk lain seperti Powerbank dan earphone yang kini sudah mula memasuki pasaran Malaysia.

Ketika majlis pelancaran realme XT di Malaysia, syarikat ini juga telah memperkenalkan realme Buds Wireless ke pasaran Malaysia yang kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga penjualan RM 149 sahaja.

realme Buds Wireless malaysia

Menariknya, realme Buds Wireless adalah percubaan pertama realme untuk menawarkan satu peranti audio premium dan syarikat ini juga telah berkerjasama dengan Alan Walker yang dilantik sebagai Chief Earbuds Officer realme.

realme Buds Wireless malaysia

Reka Bentuk

realme Buds Wireless hadir dengan reka bentuk seperti rantai pada leher yang berasaskan getah berwarna hitam dan rangka keluli pada kedua-dua sisi yang akan berada di tulang selangka anda.

Gelung yang digunakan pada realme Buds Wireless ini adalah fleksibel namun kekukuhanya tidak perlu dipersoalkan.

realme Buds Wireless malaysia

rangka keluli dibahagian kanan realme Buds Wireless ini menempatkan lampu LED, pelaras bunyi + dan – selain logo ‘R’ realme yang berfungsi sebagai untuk meghentikan muzik atau menjawab panggilan.

realme Buds Wireless malaysia

Pada bahagian dalam rangka keluli ini juga terdapat slot pengecasan microUSB.

Bercakap mengenai wayar yang menyambung gelung ini kepada earbuds adalah didalam warna realme iaitu kuning dan ianya juga melihatkan kemasan yang premium.

beralih kepada rangka yang menempatkan pembesar suara, ianya adalah diperbuat daripada plastik dan didalamnya terdapat bass boost driver 11.2mm.

rangka ini juga hadir dengan panel magnetik yang mana anda boleh menyambungkan kedua earbuds apabila ianya tidak digunakan. realme juga telah hadir dengan fungsi menarik pada panel magnetik ini, dimana apabila kedua sisi ini dilekat, peranti ini akan terpadam secara automatik.

Sambungan ke telefon pintar

realme Buds Wireless hadir dengan sambungan Bluetooth 5.0 yang mana sambungan kali pertama memerlukan anda menekan logo R – realme selama 5 saat untuk memasuki mod ‘pairing’.

Cari realme Buds Wireless pada tetapan Bluetooth telefon pintar anda dan lakukan penyambungan.

selepas penyambungan ini, anda hanya perlu memisahkan lekatan earbuds untuk sambungan automatik.

realme menyertakan 6 eartips yang mana ianya adalah 3 pasang yang mempunyai saiz berbeza. Anda akan menerima realme Buds Wireless tersedia pasang dengan eartips saiz sederhana namun jika saiz ini tidak sesuai untuk telinga anda, terdapat saiz besar dan saiz kecil yang pastinya lebih selesa untuk anda.

Pengunaan eartips yang fleksibel ini adalah sangat selesa dan sesuai untuk semua bentuk cuping telinga dan plastik sokongan seperti kepak memastikan eartips ini kukuh pada telinga walaupun ada pergerakan.

Jangka hayat bateri

realme Buds Wireless hadir dengan bateri berkapasiti 110mAh yang menjanjikan 12 jam pendengaran muzik tanpa henti (pada kelantangan 50%)

sepanjang pengunaan realme Buds Wireless, pengunaan purata harian kami adalah sekitar 3-4 jam sehari pada tahap kelantangan 70% dan ianya memberikan kami waktu pendengaran muzik sekitar 6-8 jam dan ini menyokong dakwaan realme di atas.

realme Buds Wireless hadir dengan pengecasan pantas yang mana 10 minit pengecasan menawarkan 100 minit pendengaran muzik.

Lampu LED akan berada pada warna merah ketika pengecasan dan apabila telah dicaj penuh, ianya akan berubah kepada warna biru.

realme Buds Wireless malaysia

Kualiti audio

Bercakap mengenai kualiti audio yang disampaikan oleh realme Buds Wireless ini, ianya sudah pastinya berbeza mengikut citarasa pengguna namun hasil dari ujian kami memberikan pengalaman audio yang amat positif.

Kami telah mencuba pelbagai genre lagu pada realme Buds Wireless ini dan hampir kesemuanya berjaya dimainkan dengan tahap muzik yang sangat lancar, sempurna dan sedap untuk didengar.

Walaupun pada tahap kelantangan maksima, kami tidak melihat sebarang pecahan muzik dan tahap bass yang disampaikan sentiasa dan tidak keterlaluan.

Pengunaan eartips yang fleksibel ini juga membolehkan anda menikmati muzik yang lebih imersif dengan gangguan bunyi luar yang minima.

Secara jujurnya, walaupun tidak begitu meminati pengunaan earbuds atau earphone untuk pendengaran muzik, pengalaman menggunakan realme Buds Wireless ini telah menyebabkan saya ingin memiliki satu earphone tanpa wayar ini.

Bagi anda yang ingin memilikinya sebagai teman muzik anda ketika bersenam, realme Buds Wireless hadir dengan tahap kalis peluh dan air IPX4 yang membolehkan anda melakukan aktiviti kecergasan tanpa sebarang keraguan.

Adakah patut anda memiliki realme Buds Wireless?

Kenapa tidak, itu lah jawapan yang boleh kami berikan kerana realme sudah terkenal didalam penawaran produk yang sentiasa memberikan kepuasan dan nilai belian maksima kepada pengguna.

Jika anda sedang berfikir untuk membeli satu earbuds yang premium, realme Buds Wireless adalah peranti yang patut anda pertimbangkan kerana kebolehan audio earbuds ini adalah setaraf dengan peranti audio premium yang satu atau dua kali ganda lebih mahal.

realme Buds Wireless kini telah dibuka untuk pra-tempahan secara eksklusif di Shopee dengan harga penjualan RM 149 sahaja dan ianya hadir dengan satu pilihan warna iaitu hitam & kuning.

Anda juga boleh mendapatkan realme Buds Wireless edisi terhad Alan Walker.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.