Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi CC9 Pro kini rasmi dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga serendah RM 1,652

Mi CC9 Pro Malaysia
Seperti kami laporkan Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Mi CC9 Pro yang menjadi telefon pintar kedua Xiaomi untuk menggunakan sensor kamera 108MP selepas Mi Mix Alpha.

Mi CC9 Pro Malaysia

Xiaomi CC9 Pro hadir dengan skrin paparan waterdrop Super AMOLED 6.47” (FHD+)yang melengkung dibahagian sisi dengan nisbah 19:5:9 .

Snapdragon 730G Mi CC9 Pro

Selain daripada itu, Xiaomi Mi CC9 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 730G, bateri berkapasiti 5,260mAh dengan pengecasan pantas PD 30W yang membolehkan ianya mencapai tahap 58% dalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 65 minit sahaja.

Mi CC9 Pro Malaysia

Beralih kepada tumpuan utama pada Mi CC9 Pro, iaitu 5 sensor kamera dibelakang. Sensor utama telefon pintar ini adalah 108MP f/1.7 Samsung ISOCELL Brigh HMX yang dibangunkan bersama syarikat korea selatan dan terdapat pengunaan lensa 8P pada edisi premium – telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan lensa 8P.

4 sensor lain pada Mi CC9 Pro ini adalah sensor telefoto 5MP yang menawarkan 5x zoom optik , sensor potret 12MP, sensor ultrawide 20MP dan sensor makro 2MP yang boleh mengambil gambar pad jarak 1.5cm sahaja (jarak paling dekat yang dicapai pada telefon pintar). Kamera selfie adalah 32MP.

Dengan teknologi penta kamera 108MP ini, Mi CC9 Pro telah menerima mata DxOMark 121 mata yang meletakkanya di tempat kedua dibelakang Huawei Mate30 Pro.

Mi CC9 Pro Malaysia

Mi CC9 Pro akan hadir dengan MIUI 11 yang berasaskan Android 9.0 Pie dan terdapat tiga pilihan warna iaitu Aurora Green, Glacier White, dan Midnight Black.

Berikut adalah harga Xiaomi CC9 Pro di China :

Mi CC9 Pro 6/128GB – CNY 2,799 – RM 1,652

Mi CC9 Pro 8/256GB – CNY 3,099 – RM 1,829

Mi CC9 Pro Premium Edition 8/256GB – CNY 3,499 – RM 2,065

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.