Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Mio MiVue 792 – dashcam premium yang serba lengkap dengan ciri keselamatan untuk pemanduan yang lebih selamat

Mio MiVue 792 Malaysia

Pengenalan

Pengunaan ‘dashcam’ pada kereta kini menjadi satu kemestian kerana terlalu banyak isu keselamatan dan kemalangan jalanraya boleh diselesaikan dengan pengunaanya.

Rakaman daripada ‘dashcam’ ini boleh menjadi bahan bukti yang berguna samada didalam kemalangan jalanraya, kecurian dan pelbagai situasi yang tidak kita jangka.

Sehubungan dengan itu, pengunaan satu ‘dashcam’ yang mampu memberikan anda rakaman visual yang baik dan berkualiti adalah sesuatu yang patut anda pertimbangkan secara serius.

Secara purata, pembelian dashcam yang lebih bekualti adalah satu pelaburan yang berbaloi memandangkan ianya akan digunakan untuk beberapa tahun ataupun sehingga ke akhir hayat kereta anda.

Mio, nama baru didalam arena ‘dashcam’ di Malaysia telah memasuki pasaran Malaysia pada bulan September yang lalu dan ianya hadir dengan reputasi yang telah terbukti di lebih dari 56 negara seluruh dunia.

Mio telah ditubuhkan pada Mei 2002 dan dimiliki oleh MiTAC Digital Technology Corp yang telah menjadi perintis dan pendahulu Industri IT sejak 36 tahun yang lalu.

Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan, memasang satu dashcam didalam kenderaan adalah penting dan Mio MiVue 792 boleh dipertimbangkan kerana ianya adalah antara yang terbaik dipasaran.

Mio MiVue 792 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 dan ianya turut ditawarkan dengan waranti 3 tahun yang tidak ditawarkan oleh pengeluar dashcam lain.

Apa yang ada didalam kotak pembelian MiVue 792?

Braket pemasangan dicermin kereta

• Kamera MiVue792

• Pengecas didalam kereta

• Buku pengunaan manual

• Kad microSD 16GB – percuma

MiVue App Google Play Store

Sebelum mula menggunakan atau memasang mana-mana model dashcam Mio atau MiVue 792 ini, anda boleh memuaturun aplikasi MiVue di Apple AppStore atau Google PlayStore

MiVue – Apple App Store

MiVue – Google Play Store

MiVue App

Selain itu, selepas memuat naik aplikasi MiVue pada telefon pintar anda, pastikan anda membuka sambungan Wi-Fi pada Dashcam.

MiVue

Anda hanya perlu mencari nama Wi-Fi Mivue manakala kata laluan adalah 1234567890.

Pengunaan aplikasi ini adalah sangat mudah pada peranti iOS mahupun Android dengan segala video dan imej yang diambil oleh dashcam ini boleh dipindahkan terus ke galeri.

Mio MiVue 792 Malaysia

Proses pemasangan

pemasangan dashcam MiVue 792 ini adalah amar mudah dan ianya boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengunjungi kedai pemasangan namun Mio Malaysia menawarkan promosi pemasangan percuma bagi pembeli terawal ( terhad).

Mio MiVue 792 Malaysia

Sebelum memulakan pemasangan, pastikan kereta anda telah diletakkan di kawasan yang rata dan ikuti langkah berikut :

1. Pasangan dashcam pada pelekap dicermin

2. Buka pita pelekap dan braket pemasangan dashcam anda dibahagian tengah cermin hadapan (dibawah cermin belakang)

3. Pastikan lekapan kukuh

4. Betulkan lensa kamera supaya ianya berada pada sudut yang betul

5. Sambungan kabel boleh anda selitkan pada keliling dashboard penumpang hadapan/ pemandu tanpa perlu melakukan sebarang pengubahsuaian yang mungkin menyebabkan masalah waranti.

6. Dashcam akan diaktifkan apabila anda start enjin kereta atau dengan menekan butang kuasa selama 2 saat.

Setiap kali anda menghidupkan kereta, dashcam Mio ini akan memberikan kata-kata aluan ‘Welcome’.

Sebelum ke perkara yang lebih mendalam mengenai dashcam Mio MiVue 792 ini, mari kita mengenali sedikit sebanyak cara operasi MiVue 792 ini.

Terdapat 5 butang fizikal pada Mio MiVue 792 ini dengan 4 dibahagian kanan dan satu dibahagian kiri ( butang kuasa – berwarna oren).

Fungsi butang kuasa ini adalah untuk mengaktifkan kamera dan juga untuk menutup/membuka skrin paparan.

4 butang di sisi MiVue 792 ini membolehkan anda mengkases kesemua tetapan didalam dashcam namun jika skrin ini menyokong input sentuhan, kami pasti lebih gembira.

Selain itu, Butang paling bawah daripada 4 butang boleh digunakan untuk pengambilan gambar.
Mio MiVue 792 Malaysia

Spesifikasi asas Mio MiVue 792

Fokus utama pemasaran Mio MiVue 792 adalah pengunaan sensor kamera STARVIS CMOS keluaran Sony yang terkenal dengan reputasi yang membolehkan pengambilan gambar dan video ‘low-light’ yang luar biasa.

Mio MiVue 792 Malaysia

Ketika majlis pelancaran rasmi dashcam Mio di Malaysia, pihak Mio telah melakukan demostrasi kehebatan sensor STRAVIS CMOS ini dan ianya ternyata tepat seperti yang ditunjukkan.

Demostari itu, menunjukkan satu gambar didalam kotak yang gelap yanh tidak dapat dilihat menggunakan mata kasae kami, namun dashcam MiVue 792 yang menggunakan sensor CMOS STARVIS ini adalah lagi sensitif.

Ini membolehkan MiVue 792 merakam atau mengambil video yang baik walaupun pada keadaan gelap gelita.

Sensor CMOS yang digunakan adalah Sony IMX291 yang merupakan sensor jenis 1/2.8 dengan kebolehan merakam vide Full HD (1920 x 1080) pada kadar 60fps.

Mio MiVue 792 juga menyokong rakaman Berkitar ( Loop Recording) – kad microSD akan melakukan rakaman berkitar ke atas klip video yang lama apabila storan telah penuh.

Penguncian rekod kecemasan secara automatik (Automatic Emergency record lock-up) – apabila terdapat insiden kecemasan yang direkod, sistem kamera Mio akan mengunci klip video berkenaan didalam satu folder berasingan tanpa ada sebarang ‘overwriting’ ke atas fail tersebut.

Folder ini dikenali sebagai event dan kad microSD yang digunakan akan menyimpan sejumlah ruang simpanan khas untuk video jenis ini.

Mio MiVue 792 Malaysia

Mio Mivue 792 hadir dengan skrin paparan berukuran 2.7-inci yang mana seperti kami beritahu diatas, ianya bukan skrin sesentuh.

Operasi kamera adalah sangat mesra pengguna dan anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengetahui setiap fungsi yang disertakan pada MiVue 792 ini.

Selain merekod dan mengambil video perjalanan anda, Mio MiVue 792 juga disertakan dengan pelbagai ciri tambahan seperti GPS terbina.

Ini memberikan anda maklumat penting seperti lokasi (latitud dan longitud), kelajuan ( bacaan pada dashcam adalah hampir 5km lebih kurang dari apa yang ditunjukkan pada speedometer), waktu dan tarikh.

Selain fungsi utama sebagai dashcam , Mio MiVue 792 terbukti mempunyai banyak ciri keselamatan yang membolehkan anda bergerak dari titik A ke titik B dengan selamat.

Mio MiVue 792 Malaysia

Berikut adalah ciri keselamatan yang ditawarkan pada Mio MiVue 792 :

LDWS atau ‘lane departure warning system’ adalah sistem yang memberikan amaran apabila kereta anda keluar dari lorong dijalan raya dan ianya juga mengesan kereta anda keluar dari lorong ke bahagian kiri atau ke kanan.

Headlight Reminder – Mio MiVue 792 juga akan memberikan anda peringatan untuk menyalakan lampu hadapan apabila keadaan telah menjadi gelap

Driver Fatigue Alert – yang memberikan amaran kepada pengguna untuk berehat setiap 2,3 atau 4 jam.

Eco Drive Indicator – selepas diaktifkan akan ada satu simbol indikasi pemanduan yang mesra alam dan simbol ini akan berubah mengikut cara pemanduan (hijau,kuning atau merah).

Stop and Go – ianya memberikan anda amaran bahawa kereta dihadapan telah bergerak selepas berhenti melebih 10 saat, ciri ini sudah pasti berguna bagi pengguna di Malaysia memandangkan tabiat pemandu yang suka menggunakan telefon pintar ketika berhenti di lampu isyarat trafik.

Kesemua amaran ini boleh ditetapkan untuk memberikan anda peringatan dengan bunyi atau arahan suara.

Selepas melakukan ujian kesemua sistem ini, ciri ini adalah sesuatu yang berguna namun pada pendapat kami ianya adalah terlalu sensitif dimana sedikit pengerakan ke kanan atau kiri boleh mengaktifkan amaran LDWS.

Mio MiVue 792 Malaysia

SafetyCam

Mio MiVue 792 juga disertakan dengan amaran kamera perangkap laju, kamera lampu isyarat dan banyak lagi.

Berdasarkan penilaian kami, amaran yang diberikan kadang-kadang tidak tepat dimana tiada sebarang kamera dikawasan jalan tersebut namun Mio MiVue 792 memberikan amaran.

Walaubagaimanapun Mio menjanjikan maklumat kamera ini dikemaksini setiap bulan.

Mod Parking

Mio Mivue 792 juga hadir dengan mod parking yang mengawasi kenderaan anda ketika anda meletakkanya di tempat parking.

terdapat dua cara pengesanan sebarang insiden yang boleh mengaktifkan rakaman pada mod ini iaitu melalui pergerakan atau G-sensor yang tersedia dan juga boleh menetapkan tahap sensitiviti kedua-dua sensor ini.

apa yang sedikit mendukacitakan adalah mod parking ini hanya boleh digunakan apabila dashcam dibekalkan dengan tenaga dari Mio Smart Cable yang ditawarkan pada harga RM 199.

Kualiti Video

Perkara penting yang dipertimbangkan sebelum membeli sesuatu dashcam adalah kualiti video dan Mio MiVue 792 mempunyai asas yang kukuh dengan pengunaan sensor Sony STARVIS.

Rakaman yang dibuat adalah didalam resolusi Full HD yang mana anda boleh melihat dengan jelas maklumat seperti nombor plat, jenis kereta dan banyak lagi dengan jelas.

Rakaman waktu malam MiVue 792 ternyata memberikan kelebihan kepada dashcam ini. Kami telah sertakan video rakaman waktu pagi dan waktu malam untuk penilaian anda.

Anda juga boleh memilih untuk merakam video ini yang disertakan dengan audio ataupun tidak namun untuk fungsi keselamatan kami berpendapat bahawa audio boleh ditutup untuk menjimatkan ruang storan.

Mio MiVue 792 turut disertakan dengan G-sensor yang mana ianya merekod perubahan mendadak didalam keadaan perlanggaran yang terus mengaktifkan rakaman kecemasan.

contoh gambar yang diambil melalui Mio MiVue 792

Rekod G-Sensor ini adalah sesuatu yang berguna kerana dashcam hanya mampu merakam impak dari hadapan sahaja namun apabila pelanggaran berlaku dari sisi atau tepi, anda tidak mempunyai rakaman visual untuk membuktikan perkara ini.

Walaubagaimanpun, dengan data G-sensor yang boleh diakses melalui aplikasi Mio MiVue Manager, ianya menjadi satu lagi bukti yang berguna.

muat turun aplikasi Mio MiVue Manager untuk komputer peribadi di sini

Aksesori tambahan

Dashcam MiVue 792, ini menyokong beberapa fungsi tambahan yang mana fungsi ini boleh dinikmati dengan pembelian aksesori tambahan.

Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk menambah kamera belakang Mio MiVue A30 yang mana apabila telah disambungkan, anda boleh melihat previu rakaman ini pada skrin paparan MiVue 792 didalam kaedah ‘picture-ini-picture’.

Mivue A30 hadir dengan harga penjualan RM 500.

Mio Smart Box Cable membolehkan dashcam Mio Mivue 792 menyokong mod kamera ‘parking mode’.

Dengan pengunaan kabel ini, ianya akan disambungkan terus kepada bateri kereta anda bagi membolehkan pembekalan tenaga walaupun enjin telah dimatikan namun ianya juga mempunyai perlindungan daripada kehabisan bateri.

Mio Smart Box Cable ini ditawarkan pada harga RM 199 sahaja.

Mio TPMS

Selain sokongan kamera belakang dan Mio Smart Cable, Mio MiVue 792 juga menyokong sistem pengawasan tekanan tayar (TPMS) namun untuk mengaktifkan ciri ini, anda memerlukan Mi MiTire T25 Kit yang buat masa ini tidak ditawarkan di pasaran Malaysia.

TPMS adalah sesuatu yang berguna dimana anda dapat mengawasi tekanan angin didalam tayar yang mampu mengelakkan daripada insiden tayar pancit ketika didalam perjalanan mahupun risiko tayar meletup/koyak.


Di mana anda boleh mendapatkan dashcam Mio ini?

walaupun merupakan pendatang baru ke arena dashcam di Malaysia, Mio mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk menawarkan perkhimatan yang baik.

Selain melalui wakil penjual sah yang dilantik, pembelian dashcam Mio ini juga boleh dibuat melalui Lazada yang mana ianya adalah platform pembelian yang mudah diakses oleh pengguna.

Mio MiVue 792 ditawarkan pada harga penjualan RM 799 dan ianya turut hadir dengan jaminan waranti selama 3 tahun.

Layari laman sesawang rasmi Mio Malaysia untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.