Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Watch kini rasmi dengan harga penjualan serendah RM 766

Mi Watch Malaysia
Selain pelancaran Mi CC9 Pro, Xiaomi juga telah berkongsi pentas bagi memperkenalkan Mi Watch yang merupakan jam pintar pertama Xiaomi untuk hadir demgan nama rasmi syarikat ini.

Xiaomi Mi Watch hadir dengan skrin paparan AMOLED ’always-on’ berukuran 1.78-inci dengan rangka 44mm.

Xiaomi Mi Watch Malaysia

Bahagian belakang Mi Watch ini diperbuat daripada seramik dan terdapat satu butang dan pemutar yang digunakan untuk operasi jam pintar ini. Pada bahagian kiri terdapat satu pembesar suara dan mikrofon untuk membuat dan menjawab panggilan.

Mi Watch juga disertakan dengan sokongan Bluetooth, NFC dan eSIM yang membolehkan ianya berfungsi sendiri tanpa telefon pintar.

Lebih menarik, Mi Watch menjadi jam pintar pertama untuk hadir dengan Google Wear OS yang diubahsuai dengan UI MIUI for Watch. MIUI ini membawakan hampir 40+ aplikasi terbina dan stor aplikasi khas yang juga dibuka untuk pembangun aplikasi pihak ketiga.

Xiaomi Mi Watch Wear OS

Mi Watch hadir dengan pemproses Snapdragon Wear 3100 4G yang disertakan dengan 1GB RAM dan 8GB storan dalaman.

Satu lagi rekod yang kini disandang oleh Xiaomi Mi Watch adalah kapasiti bateri terbesar pada jam pintar iaitu 570mAh yang menjanjikan hampir 36 jam pengunaan bersama rangkaian 4G.

Sedikit mendukacitakan adalah Mi Watch dilihat akan kekal di tanah besar China sahaja tanpa sebarang maklumat penjualan antarabangsa didedahkan.

Mi Watch akan memasuki pasaran China pada 11 November 2019 dengan harga penjualan dari CNY 1,299 (RM 766) dan terdapat Mi Watch edisi Premium yang hadir dengan skrin kristal sapphire, rangka dan tali keluli dengan harga penjualan CNY 1,999 – RM 1,180 ( akan memasuki pasaran hujung tahun 2019).

Xiaomi Mi CC9 Pro kini rasmi dengan teknologi penta kamera 108MP pada harga serendah RM 1,652

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.