Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A5 2020 versi 4/128GB kini di Malaysia pada harga RM 899 sahaja

Oppo A5 2020 4/128GB malaysia
Pada pelancaran Oppo A9 2020,, Oppo Malaysia telah mengumumkan penawaran Oppo A5 2020 dengan harga penjualan RM 699.

Walaubagaimanapun, Oppo kini telah mengumumkan bahawa Oppo A5 2020 versi 4/128GB telah mula ditawarkan dipasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 899.

Oppo kini telah mengesahkan bahawa Oppo A5 2020 akan ditawarkan di Malaysia pada 28 September ini dengan harga penjualan RM 699 sahaja.

Selain perbezaan RAM dan storan dalaman, Oppo A5 2020 ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti versi yang dilancarkan sebelum ini.

Oppo A5 2020 Malaysia

Oppo A5 2020 ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci dan pemproses Snapdragon 665.

Selain itu, Oppo A5 2020 juga memiliki tetapan quad-kamera iaitu sensor utama 12MP + sensor kanta lebar 8MP + 2MP +2MP dan kamera selfie 8MP.

Oppo A5 2020 juga hadir dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos, bateri berkapasiti 5,000mAh (Type-C), Game Boost 2.0, slot 3-kad dan ColorOS 6. 

Oppo A5 2020 MalaysiaOppo A5 2020 Malaysia

Oppo A5 2020 varian baru ini ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru.

pembelian telefon pintar ini kini boleh dibuat melalui stor konsep Oppo, wakil penjual sah, Lazada dan Shopee.

Dapatkan diskaun sehingga 59% bagi pembelian telefon pintar Oppo di Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.