Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi CC9 Pro dilancarkan 5 November ini dengan 5 kamera, Snapdragon 730G dan bateri 5,260mAh

Mi CC9 Pro Malaysia
Xiaomi CC9 Pro atau nama antarabangsa Mi Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November ini sebagai telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi kamera 
108MP.

Snapdragon 730G Mi CC9 Pro

Selain daripada itu, Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan pemproses Snapdragon 730G yang mana pengesahan ini sedikit mengecewakan kerana ramai yang beranggapan telefon pintar ini akan disertakan dengan pemproses Snapdragon 855+.

Selain itu, Mi CC9 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,260mAh dengan pengecasan pantas 30W dan kamera selfie 32MP.

Xiaomi Mi Note 10 Malaysia

Bercakap mengenai teknologi kamera yang dimiliki Mi CC9 Pro ini, selain sensor utama 108MP, Mi CC9 Pro juga akan memiliki satu sensor 5MP yang menawarkan pengzooman 5x, sensor 12MP untuk potret, sensor 20MP ultra-wide dan sensor makro 2MP.

Dengan pelancaran rasmi pada 5 November ini, kami pasti ramai yang tidak sabar menanti pelancaran rasmi Mi CC9 Pro sebagai Mi Note 10 yang akan memasuki pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.