Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nikmati diskaun 5% bagi pembelian Vivo NEX 3 atau V17 Pro di roadshow TMT


Mulai 21 hingga 27 Oktober ini, Vivo Malaysia telah berkerjasama dengan ThunderMatch (TMT) untuk menawarkan promosi menarik bagi pengguna di roadshow ulangtahun ke-22 ThunderMatch yang kini berlangsung di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur.

Vivo Malaysia akan menawarkan pelbagai promosi menarik bagi pelanggan yang membeli Vivo NEX 3 ataupun Vivo V17 Pro.

Antara promosi yang tidak patut anda lepaskan adalah dengan melakukan pembayaran melalui kaedah ‘scan dan pay’ Razer Pay, anda boleh menikmati diskaun 5% daripada jumlah bil anda.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima hadiah ekskusif dari Vivo dan TMT iaitu :

  • kotak hadiah Vivo
  • penimbang pintar vivo smart weight scale
  • Baucar TMT
  • Power Bank

Vivo NEX 3 hadir dengan harga penjualan RM 3,899 manakala Vivo V17 Pro pula hadir dengan harga penjualan RM 1,699.

Vivo NEX 3 5G kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,899

Vivo V17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.