Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja

Vivo V17 Pro Malaysia Price
Seperti diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, Vivo secara rasminya telah melancarkan Vivo V17 Pro ke pasaran Malaysia.

Vivo V17 Pro Malaysia

Vivo V17 Pro hadir ke pasaran Malaysia dengan reputasi sebagai telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera selfie pop-up iaitu satu sensor 32MP dan satu sensor depth 8MP.

Vivo V17 Pro Malaysia

Vivo V17 Pro dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.44-inci, sensor capjari terbina didalam skrin (91.65%), pemproses Snapdragon 675, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Vivo V17 Pro kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja 3

Kamera belakang Vivo V17 adalah tetapan quad-kamera dengan sensor utama 48MP + sensor lensar lebar 8MP + lensa makro 2MP dan lensa kedalaman 2MP.

Vivo V17 Pro Malaysia

Vivo V17 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh dengan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging (Type-C), FunTouch OS 9.1 dan Bluetooth 5.0.

Vivo V17 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu knight black dan crystal white  dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.