Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme XT akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Oktober ini

realme XT malaysia
realme Malaysia kini telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme XT akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Oktober ini.

realme XT merupakan telefon pintar pertama didalam siri X untuk ditawarkan di pasaran Malaysia dan ianya adalah sesuatu yang telah lama diminta oleh peminat telefon pintar realme.

realme XT yang merupakan telefon pintar pertama realme dengan sensor kamera 64MP.

realme XT hadir reka bentuk yang dikenali sebagai 3D Hyperbola yang berasaskan gelas.

0A17DF29-3C81-43F6-A29C-C5549B997E6F.jpeg

Terus kepada spesifikasi, Realme XT hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.8-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.9%, pemproses Snapdragon 712 AIE, kapasiti memori  8GB manakala memori simpanan dalaman adalah 128GB.

10B0F8C6-4068-4B28-8CD3-97D24D8BEB2D.jpeg

Selain itu, Realme XT juga memiliki tetapan quad-kamera iaitu satu sensor ISOCELL Bright GW1 64MP + sensor lensa lebar 8MP + sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

571AC4F7-D5B4-441F-9522-4EC93FD7A9EF.jpeg

Realme XT juga akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin (Goodix G3.0) yang merupakan yang terkini dan terpantas dipasaran, ColorOS 6 berasaskan Android Pie, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan VOOC 3.0 dan tidak lupa kamera selfie 16MP.

ED7F58C6-4319-4451-AC2E-5E41DAA02BFF.jpeg

Selain itu, Realme XT dijangka hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru ‘pearl’ dan putih ‘pearl’.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.