Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX 3 5G kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,899

Vivo NEX 5G Malaysia

Vivo secara rasminya telah melancarkan Vivo NEX 3 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 3,899 dan menjadi telefon pintar pertama di pasaran Malaysia untuk hadir dengan sokongan 5G.

Vivo NEX 3 5G Malaysia

Terus kepada spesifikasi, Vivo NEX 3 hadir dengan skrin paparan melengkung Waterfall Fullview dengan nisbah skrin kepada badan 99.6%. Ianya adalah panel Super AMOLED dengan ukuran 6.89-inci.

Vivo NEX 3 5G Malaysia

Dengan sisi telefon pintar Vivo NEX kini adalah skrin, tiada sebarang butang fizikal namun ianya hadir dengan teknologi Touch Sense yang memberikan kesan seperti anda menyentuh butang fizikal.

Vivo NEX 3 5G Malaysia

Vivo NEX 3 juga hadir dengan tetapan tri-kamera yang terdiri dari sensor utama  64MP Samsung ISOCELL Bright GW1 + dua sensor 13MP yang meluputi aspek fotografi landskap (lensa-lebar) dan telefoto (potrait).

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Vivo NEX 3 hadir dengan kamera pop-up 16MP yang kini lebih lebar dan diletakkan dibahagian tengah.

Vivo NEX 3 5G kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,899 7

Vivo NEX 3 5G ini juga hadir dengan spesifikasi dalaman yang baik dimana pemproses Snapdragon 855 Plus disertakan dua pilihan RAM iaitu 8GB dengan 256GB storan dalaman.

Vivo NEX 3 5G kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,899 8

Vivo NEX 3 juga disertakan  sistem penyejukan Vapor Chambers dan bateri berkapasiti 4,500mAH yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Vivo NEX 3 5G kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,899 9

Pra-tempahan Vivo NEX 3 ini boleh dilakukan di stor atas talian Vivo MalaysiaLazada dan Shopee dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 699.

Hadiah percuma yang akan diterima dengan membuat pra-tempahan adalah beg bagasi eksklusif, waranti tambahan bagi peranti dan 1 tahun waranti perlindungan skrin.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.