Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan menawarkan kemaskini MIUI 11 bagi 28 model mulai 22 Oktober ini

Xiaomi MIUI 11 Update Malaysia
Pada majlis pelancaran Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro di India, Xiaomi telah mengeluarkan pelan kemaskini MIUI 11 bagi pasaran global dan pada masa yang sama telah mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima kemaskini MIUI 11 ini.

Xiaomi telah mengesahkan sebanyak 28 model telefon pintar akan menerima kemaskini MIUI 11 dan ianya dibahagikan kepada 4 fasa bermula pada 22 Oktober sehingga 26 Disember 2019.

Xiaomi MIUI 11 Update List

Fasa 1 menyaksikan sebanyak 7 model menerima MIUI 11, diikuti 15 model pada fasa kedua, 5 model pada fasa ketiga dan 1 model pada fasa keempat.

  • Fasa 1 (October 22-31)
    • Poco F1
    • Redmi K20
    • Redmi Y3
    • Redmi 7
    • Redmi Note 7
    • Redmi Note 7s
    • Redmi Note 7 Pro
  • Fasa 2 (November 4-12)
    • Redmi K20 Pro
    • Redmi 6
    • Redmi 6 Pro
    • Redmi 6A
    • Redmi Note 5
    • Redmi Note 5 Pro
    • Redmi 5
    • Redmi 5A
    • Redmi Note 4
    • Redmi Y1
    • Redmi Y1 Lite
    • Redmi Y2
    • Redmi 4
    • Mi Mix 2
    • Mi Max 2
  • Fasa 3 (November 13-29)
    • Redmi Note 6 Pro
    • Redmi 7A
    • Redmi 8
    • Redmi 8A
    • Redmi Note 8
  • Fasa 4 (December 18-26)
    • Redmi Note 8 Pro

Redmi Note dan Redmi Note 8 Pro yang baru dilancarkan di Malaysia akan menjadi model terakhir yang menerima kemaskini MIUI 11.

Jangka masa kemaskini MIUI 11 yang diberikan ini adalah berdasarkan pelan ujian semasa dan tarikh versi akhir ditawarkan kepada pengguna mungkin berbeza.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.