Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 4 dan Pixel 4XL kini rasmi dengan Android 10 pada harga dari RM 3,347


Google Pixel 4 and Pixel 4XL
Google secara rasminya telah melancarkan Pixel 4 dan Pixel 4XL yang membawa cabaran telefon pintar Android.

Google Pixel 4 dan Pixel 4XL hadir dengan reka bentuk rangka aluminum dengan kemasan matte manakala panel hadapan dan belakang adalah besi.

Pixel 4 and Pixel 4XL Malaysia

Perbezaan antara Google Pixel 4 dan Pixel 4XL adalah dari segi skrin dimana Pixel 4 hadir dengan skrin OLED FHD+ berukuran 5.7-inci manakala Pixel 4XL menawarkan skrin OLED QHD+ berukuran 6.3-inci.

Skrin ini juga menyokong kadar penyegaran skrin 90Hz namun ianya juga boleh beralih kepada kadar 60Hz sebagai mekanisma penjimatan bateri. Skrin ini juga menyokong HDR, mod Always On dan Ambient EQ.

Dari segi pemproses, Google Pixel 4 dan Pixel 4XL hadir dengan pemproses Snapdragon 855 yang disertakan dengan 6GB RAM bersama-sama dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Pixel 4 and Pixel 4XL Camera

Sekila pandang, kamera ini kelihatan seperti pada siri Apple iPhone 11 ( tak tahu siapa tiru siapa) namun kedua-dua model Pixel 4 ini berkongsi spesifkasi kamera yang sama.

Sensor kamera utama Google Pixel 4 dan Pixel 4XL adalah unit 12MP f/1.7 dengan pemfokusan auto Dual Pixel yang juga mempunyai pengstabilan optik dan electronik.

Sensor ini juga disertakan dengan satu unit telefoto 16MP yang pertama kali disertakan pada siri Google Pixel.

Seperti generasi sebelum ini, kehebatan kamera Google Pixel 4 dan Pixel 4XL terletak pada perisian kameranya dan generasi ini kini hadir dengan teknologi Pixel Neural Core dan mod malam NightSight yang mampu mengambil gambar malam sehingga 16 saat.

Modul ketiga adalah sensor spectral + flicker yang pastinya ada kegunaan fotografi.

Kamera selfie Google Pixel 4 dan Pixel 4XL adalah 8MP selain sensor 3D Depth yang mempunyai dwi-fungsi sebagai sensor pengecaman wajah dan kesan bokeh pada selfie.

Beralih kepada bateri, Google Pixel 4 memiliki bateri 2,800mAh manakala Google Pixel 4XL hadir dengan bateri berkapasiti 3,200mAh yang mana kedua-duanya memiliki pengecasan pantas 18W Power Delivery yang disertakan didalam kotak dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa-wayar  Qi.

Google Pixel 4
Google Pixel 4

Lain-lain sokongan Google Pixel 4 dan Pixel 4XL adalah Soli radar, Active Edge, pembesar suara stereo, Android 10 dan kalis air IP68.

Google Pixel 4XL

Google Pixel 4 dan Pixel 4XL akan hadir didalam tiga warna iaitu Just Black, Clearly White dan Oh So Orange (edisi terhad).
Google Pixel 4 dan Pixel 4XL Malaysia

Berikut adalah harga Google Pixel 4 dan Pixel 4XL di Amerika Syarikat :

Google Pixel 4 64GB – $799 – RM 3,347

Google Pixel 4XL 128GB – $899 – RM 3,766

Google Pixel 4 64GB – $899 – RM 3,766

Google Pixel 4XL 128GB – $999 – RM 4,185

Buat masa ini, Pixel 4 dan Pixel 4XL dilihat tidak akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi namun pembelian melalui pengedar telefon pintar masih boleh dilakukan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.