Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Oppo Reno 2 akan dilancarkan bulan ini dengan duta rasmi yang baru

Siri Oppo Reno 2 akan dilancarkan bulan ini dengan duta rasmi yang baru 5


Siri Oppo Reno 2 akan dilancarkan bulan ini dengan duta rasmi yang baru

Selepas memperkenalkan Oppo A9 2020 dan A5 2020, Oppo Malaysia kini telah mengumumkan penawaran telefon pintar siri Oppo Reno2 dan ianya akan memasuki pasaran tempatan bulan ini.

Siri Oppo Reno2 ini telah dilancarkan dipasaran India awal bulan lalu dan ianya adalah model susulan bagi Oppo Reno dan Oppo Reno 10x Zoom.

Buat masa ini masih belum ada pengesahan dari Oppo apakah jenis varian yang akan memasuki pasaran tempatan namun ianya dijangka akan menawarkan teknologi 20x Zoom, rakaman video ‘Ultra Steady’ dan dengan storan 8GB RAM/256GB ROM.

Siri Oppo Reno 2 akan dilancarkan bulan ini dengan duta rasmi yang baru 6

Seperti generasi Reno sebelum ini, Oppo Reno2 juga hadir dengan reka bentuk kamera selfie shark fin.

Selain itu, Oppo juga telah mengesahkan satu duta baru akan dilantik bagi siri Oppo Reno2 ini namun identiti selebiriti ini masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.