Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee umumkan kempen Beli Barangan Malaysia serentak dengan 10.10 Brands Festival

Shopee beli barangan malaysia 10.10 brands festival

Shopee Malaysia telah mengumumkan satu kerjasama kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawakan kempen nasional Beli Barangan Malaysia yang bertujuan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka

Shopee telah menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk buatan Malaysia daripada jenama tempatan popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane, Kaca-Kaca, 888, Amazin’ Graze dan OldTown White Coffee.

Selain itu, bermula dengan 10.10 Brands Festival, Shopee berikrar untuk mengetengahkan koleksi Beli Barangan Malaysia untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang termasuk kempen global 11.11 dan kempen 12.12.

10.10 Brands Festival yang berlangsung sehingga 10 Oktober ini akan menawarkan kepada rakyat Malaysia penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10, tawaran harian serendah RM10, diskaun eksklusif sehingga 80%.

Sempena Shopee 10.10 Brands Festival , nikmati tawaran eksklusif seperti:

Boat Noodle: Dapatkan 2 Mangkuk Boat Noodle untuk hanya RM1.10 untuk 2 Mangkuk Boat Noodle pada 10.10 (sementara stok masih ada).
Salad Atelier: Nikmati diskaun 50% untuk Raccoon Salad, Greek God Bowl, dan Quinoa Lemak Wrap& RM10 untuk Chicken Teriyaki bowl, Rabbit and Raccoon Sandwich
Baskin Robbins: Potongan sehingga 31% di kedai rasmi Baskin Robbins
Burger King: Dapatkan 2 burger hanya untuk RM10
Boost: Dapatkan diskaun 10% untuk baucar Shopee dari Boost App pada 10.10 dan anda berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM100dan iPhone 11, ditaja oleh TMT
Haagen Dazs – Nikmati diskaun sehingga 60% untuk ais krim
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.