Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 5 dan realme 5 Pro kini di Malaysia – telefon pintar quad-kamera termurah di Malaysia


realme kini secara rasminya telah melancarkan realme 5 dan realme 5 Pro ke pasaran Malaysia yang merupakan dua model pertama syarikat ini untuk menggunakan tetapan 4 kamera dibelakang.

Siri realme 5 merupakan model pertama Realme untuk hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang.

Realme 5 Malaysia

Bercakap mengenai realme 5, ianya hadir dengan skrin paparan mini-drop HD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9 (720×1600), pemproses Snapdragon 665, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3/64GB dan 4/128GB.

realme 5 memiliki tetapan kamera utama 12MP f/1.8, sensor lensar lebar 8MP dengan 119-darjah FoV, sensor makro 2MP dan sensor depth juga pada resolusi 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

realme 5 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang masih mengekalkan pengunaan slot microUSB.

realme 5 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru kristal dan ungu kristal dengan harga penjualan RM 599 bagi versi 3/64GB dan RM 799 bagi versi 4/128GB.

Penjualan akan bermula pada 17/10/2019 (tepat jam 10 pagi) secara eksklusif di Lazada.

Realme 5 Pro Malaysia Review

Beralih kepada realme 5 Pro pula, ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dari realme 5 namun lebih berkuasa.

Realme 5 Pro Malaysia

realme 5 Pro memiliki skrin paparan yang lebih kecil dengan berat keseluruhan adalah 15% lebih ringan.

realme 5 Pro hadir dengan skrin paparan mini-drop 19:5:9 berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ dan bateri berkapasiti 4,035mAh.

realme 5 Pro memiliki pemproses Snapdragon 712 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman (hanya satu varian sahaja di Malaysia).

Realme 5 Pro Malaysia

realme 5 Pro juga memiliki tetapan 4 kamera yang sama seperti realme 5 namun sensor utama realme 5 Pro adalah sensor 48MP Sony IMX586 manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.0.

Buat pertama kali dalam sejarah Realme, realme 5 Pro ditawarkan dengan slot USB-C yang mana ianya menyokong pengecasan 20W VOOC 3.0.

realme 5 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru kristal dan hijau kristal dengan harga penjualan RM 1,099

realme 5 Pro akan dijual lebih awal iaitu dari 10 Oktober 2019 ( jam 10 pagi) juga secara eksklusif di Lazada.

Realme 5 Pro Malaysia Pre-Order

Bagi yang berminat, anda juga boleh melakukan pra-tempahan realme 5 Pro mulai hari ini sehingga 11 Oktober di stor Realme yang berdekatan. untuk senarai penuh stor realme lihat di sini

Berikut adalah promosi bagi yang membuat pra-tempahan :

– Rebat RM 100 bagi 30 pembeli pertama yang mengambil peranti di stor realme yang terpilih pada hari pertama penjualan.

– percuma kotak hadiah eksklusif realme

– peluang memenangi realme 5 Pro melalui cabutan bertuah

Baca ULASAN Eksklusif Realme 5 Pro sekarang

Video buka-kotak Realme 5

Video buka-kotak Realme 5 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.