Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX 3 telah dikesan di SIRIM – bakal menjadi telefon pintar 5G pertama di Malaysia

Vivo NEX 3 5G Malaysia

Vivo NEX 3 telah dikesan di SIRIM – bakal menjadi telefon pintar 5G pertama di Malaysia

Vivo NEX 3 yang dilancarkan secara rasmi minggu lalu kini telah dikesan di SIRIM yang menandakan bahawa pelancaran ke pasaran Malaysia tidak begitu jauh.

Vivo NEX tahun ini adalah generasi ketiga didalam siri kelas flaghsip Vivo dan ianya  kemungkinan hadir dengan sokongan 5G sekaligus menjadi telefon pintar pertama di Malaysia untuk menyokong rangkaian ini ( setakat ini belum ada telko di Malaysia yang dah menawarkan 5G).

Vivo NEX 3 Sirim

Vivo NEX 3 juga menjadi telefon pintar flagship premium pertama untuk hadir dengan sensor utama 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1 yang disertakan bersama dua sensor 13MP yang meluputi aspek fotografi landskap (lensa-lebar) dan telefoto (potrait).

Vivo NEX 3

Vivo NEX 3 juga hadir dengan skrin paparan melengkung Waterfall Fullview dengan nisbah skrin kepada badan 99.6%. Ianya adalah panel Super AMOLED dengan ukuran 6.89-inci.

Dengan sisi telefon pintar Vivo NEX kini adalah skrin, tiada sebarang butang fizikal namun ianya hadir dengan teknologi Touch Sense yang memberikan kesan seperti anda menyentuh butang fizikal.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Vivo NEX 3 hadir dengan kamera pop-up 16MP yang kini lebih lebar dan diletakkan dibahagian tengah.

Vivo NEX 3 5G ini juga hadir dengan spesifikasi dalaman yang baik dimana pemproses Snapdragon 855 Plus disertakan dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB dengan 256GB storan dalaman.

Vivo NEX 3 juga disertakan  dengan bateri berkapasiti 4,500mAH dan terdapat sokongan pengecasan pantas 44W yang diwarisi dari Vivo iQOO Pro.

Vivo NEX 3 Malaysia Handson

Sebagai perbandingan, Harga penjualan Vivo NEX 3 5G di China adalah seperti berikut :

Vivo NEX 3 5G 8/256GB – CNY 5,698 (RM 3,357)
Vivo NEX 3 5G 12/256G – CNY 6,198 (RM 3,651)

Vivo NEX 3 juga hadir dengan satu versi 4G yang memiliki 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman pada harga CNY 4,998 (RM 2,940).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.